Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesta Penulis S'pura ke-23 akan berlangsung dari 30 Okt - 8 Nov

Pesta Penulis Singapura (SWF) kembali tahun ini dengan edisi pertamanya di wadah digital ekoran pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2020 06:45PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 08:53PM

SINGAPURA: Pesta Penulis Singapura (SWF) kembali tahun ini dengan edisi pertamanya di wadah digital ekoran pandemik COVID-19.

Buat pertama kalinya juga orang ramai boleh menikmati akses penuh terhadap program-program peringkat antarabangsa dengan mendapatkan pas digital.

Berharga S$20, ia memberi peluang kepada penonton untuk mengambil bahagian serta berinteraksi dengan penulis menerusi lebih 100 program. Pas digital itu boleh dibeli menerusi SISTIC Live mulai hari ini (21 Sep).

Edisi ke-23 SWF berlangsung dari 30 Oktober hingga 8 November dan bakal menyajikan barisan program yang diilhamkan dari tema 'keintiman'.

Dianjurkan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC), SWF kali ini mengajak penggiat dan penggemar kesusasteraan untuk mengimbas kembali detik-detik yang mereka lalui sewaktu COVID-19, dan bagaimana pandemik tersebut membawa kesan dalam kehidupan seharian mereka.

Topik-topik yang akan dibincangkan para penulis serantau dan antarabangsa nanti meliputi isu seperti rasa kesepian di tengah-tengah pandemik, kesihatan mental, dan peri pentingnya berfikiran terbuka antara masyarakat majmuk negara ini dan masyarakat antarabangsa.

Bagi penggemar persuratan Melayu, teknologi realiti tambahan (AR) akan digunakan dalam aplikasi telefon bijak DGNoir bagi menceritakan karya-karya penulis Melayu tempatan.

Menerusi Bait-bait Puisi Penghubung Jiwa pula, suara-suara penyajak, penyair, pemantun Melayu tanah air Samsudin Said, Aqmal Noor dan Mustaqim Ahmad diharap mengusik tangkai hati masyarakat berbilang budaya.

Selain itu, enam puisi ciptaan sasterawan Melayu seperti Usman Awang akan dipentaskan menerusi tarian tradisional Melayu oleh Perkumpulan Seni.

"Pesta Penulis 2020 sentiasa menjadi sebuah wadah di mana orang berhimpun untuk berkongsi cinta terhadap bahan-bahan persuratan," menurut Pengurus Sektor Pembangunan NAC, Encik Muhammed Leoaidil.

"Kirakan di landskap kami yang sedang tertekan ini, kami dapat juga fikirkan tentang isu-isu atau lebih menyenangkan, selain individu yang gemar membaca atau yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, pesta ini sesuai untuk sesiapa saja menghargai penulisan dalam semua format,"ujarnya.  

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan