Pesta Malam SG 2026 hidupkan semula mitos dan legenda nusantara, 70 program disajikan
Anggaran Waktu Membaca:
- Pesta Malam Singapura (SNF) 2026 akan berlangsung selama 16 hari di kawasan Bras Basah.Bugis dengan 70 program bertemakan 'Mitos dan Legenda'.
- Acara utama termasuk pancaran karya seni di Muzium Negara dan The Cathay, serta jejak berjalan di Bukit Larangan yang membawa peserta ke abad ke-14.
- Festival ini menampilkan kolaborasi artis tempatan dan serantau, serta pemasangan seni yang mengetengahkan isu sosial seperti peluang kedua untuk bekas pesalah oleh YRCAF.
- Kebanyakan program adalah percuma, dengan sebahagian memerlukan tiket, dan masyarakat digalakkan terlibat serta memberi sokongan kepada inisiatif sosial.
SINGAPURA: Menatap imej berwarna-warni yang terpapar di dinding bangunan dan menyelongkar misteri Bukit Larangan - itulah yang boleh dinantikan ramai dalam Pesta Malam Singapura (SNF) 2026.
SNF kembali buat edisi ke-17 dengan 70 program untuk menghidupkan suasana malam di kawasan Bras Basah.Bugis.
Bertemakan 'Mitos dan Legenda', pesta tersebut akan menceritakan semula kisah-kisah rantau ini dengan penuh kreativiti.
"Melalui tema 'Mitos dan Legenda', kami ingin mengajak orang ramai melihat semula kisah-kisah yang membentuk masyarakat kita tetapi dengan cara yang segar dan juga relevan pada hari ini. Di Pesta Malam Singapura, cerita-cerita ini dihidupkan melalui seni, teknologi dan juga pengalaman mengasyikkan yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat," rangkum pengarah SNF 2026, Qazim Karim.

PANCARAN KARYA DI LUAR BANGUNAN DAN JEJAK BERJALAN DI BUKIT LARANGAN
Antara acara kemuncak SNF kali ini ialah pancaran karya menerusi penataan cahaya atau 'projection mapping' di luar bangunan Muzium Negara. Karya yang bertajuk 'Tales of Earth and Sea' itu direka oleh The Fox, The Folks yang berasal dari Bandung, Indonesia.
Ia akan ditemani runut bunyi asal daripada kolaborasi Artusik dari Singapura dan UiTM Malaysia.
Selain itu, sebuah lagi program penataan cahaya akan berlangsung di luar bangunan The Cathay. Bertajuk 'MALAM', karya-karya tersebut merupakan 20 karya yang dipilih daripada pertandingan penataan cahaya yang disertai hampir 50 artis dari Asia Tenggara.
"Apa yang paling menarik ialah melihat bagaimana Pesta Malam Singapura menjadi platform yang menghimpunkan bakat terbaik tempatan dan juga serantau untuk mencari idea dan juga berkolaborasi," ujar Encik Qazim.
Satu lagi acara menarik adalah jejak berjalan di Fort Canning atau Bukit Larangan.
Dalam jejak selama 70 minit ini, para peserta akan 'dikembalikan' ke abad ke-14 diiringi bunyi-bunyian serta tarian Melayu sambil menyelongkar misteri tapak bersejarah itu.
Selain itu, terdapat pelbagai lagi program untuk pelbagai citarasa di sekitar kawasan Bras Basah.Bugis.
Antaranya ialah 'Lovebug' di plaza bangunan Perpustakaan Negara yang membayangkan semula mitos-mitos tempatan yang dibentuk oleh haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan nusantara seperti monyet jenis lotong dan biji saga.

Di Raffles City pula, sebuah pemasangan bernama 'Inter-Light' akan bertukar dari permukaan bercermin pada waktu siang hingga ke penataan cahaya beranimasi pada waktu malam yang menyerlahkan watak-watak dalam wayang kulit dan opera Cina.
ARTIS-ARTIS MENGINTERPRETASI TEMA DENGAN CARA TERSENDIRI
Bagaimanapun, menurut Encik Qazim, 'Mitos dan Legenda' tidak terbatas kepada cerita-cerita rakyat sahaja tetapi berdasarkan interpretasi yang lebih luas.
Misalnya, mitos yang ingin disangkal oleh jawatankuasa Festival Seni Masyarakat Reben Kuning (YRCAF) dalam pesta tersebut ialah tanggapan negatif terhadap bekas pesalah.

"Pemasangan ini menceritakan bagaimana masyarakat melihat seseorang insan. Bekas pesalah sering dilihat dari satu sudut sahaja - melalui satu kesilapan atau satu label, dan ini kami gambarkan sebagai 'serpihan'. Namun, apabila kita memilih untuk melihat mereka secara menyeluruh, dengan penuh pengertian dan penerimaan, serpihan-serpihan itu akan bersatu - seperti pemasangan kami - agar mereka boleh memulakan kehidupan baru mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa YRCAF 2026, Mohammed Fadly Safie.
Jawatankuasa YRCAF 2026 itu turut menampilkan sumbangan orang ramai dalam pemasangan tersebut yang boleh dilihat di kampus SMU. Mereka meminta orang ramai berkongsi gambar-gambar dan kisah-kisah yang menggambarkan 'peluang kedua' dengan harapan timbulnya kesedaran dalam masyarakat.
"Kami berharap rakyat Singapura pulang dengan satu kesedaran iaitu untuk memberi peluang kepada bekas pesalah kerana ini adalah usaha kita semua sebagai satu masyarakat. Setiap reben kuning yang diikat pada pemasangan ini adalah ikrar sokongan peribadi, dan ribuan reben akan bersatu untuk menjadi lambang harapan," kongsi beliau.

SNF 2026 akan berlangsung selama 16 hari dari 21 Ogos hingga 5 September. Penyertaan percuma bagi kebanyakan program, dengan sebahagian program memerlukan tiket masuk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.