Skip to main content

Singapura

Pesta Malam SG 2023 kembali dengan tarikan menarik termasuk gelanggang kasut roda, pertunjukan cahaya

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta Malam SG 2023 kembali dengan tarikan menarik termasuk gelanggang kasut roda, pertunjukan cahaya

(Gambar: WY-TO Group, Critical Craft Collection)

Diterbitkan : 18 Jul 2023 11:30PM Dikemas Kini : 19 Jul 2023 02:01AM
SINGAPURA: Bersiap sedialah untuk meraikan kekayaan budaya dengan kembalinya Pesta Malam Singapura atau Singapura Night Festival dari 18 hingga 26 Ogos. Pesta yang akan diadakan di daerah Bras Basah dan Bugis (BBB) tahun ini akan menampilkan pelbagai paparan seni serta program-program untuk anda alami.

Sejak dilancarkan pada 2008, Pesta Malam Singapura telah menjadi salah satu acara seni yang paling ikonik di Singapura, dengan menarik seramai 550,000 hadirin pada acara 2016. Acara tahun ini akan dipertingkatkan lagi dengan adanya kelainan kepada pemetaan pancaran cahaya (projection mapping) dan sebuah gelanggang kasut roda.

Berikut beberapa acara yang boleh anda jangkakan bagi pesta tahun ini:

GELANGGANG KASUT RODA 'TIME IS A BLACK CIRCLE'

Sediakan kasut beroda anda untuk menikmati 'throwback' atau mengimbas kembali ke era 70-an. Bagi memberi penghormatan kepada disko yang berada di daerah BBB beberapa dekad lalu, artis Dawn Ng telah membuka sebuah gelanggang luncur roda yang berfunsi sebagai sebuah 'portal masa disko'
Tanggapan artis bagi Time is a Black Circle. (Gambar: Dawn Ng)
Walaupun pameran 'Time is a Black Circle' ini hanya akan dibuka pada waktu malam, para pengunjung Pesta Malam Singapura masih boleh melihat keindahannya pada siang hari - tetapi dari luar sahaja.

Tarikh dan masa: 18 - 26 Ogos, 7.30 hingga 11.30 malam
Lokasi: Teater Galeri di Muzium Negara Singapura

Tiket: S$22 bagi tiket yang dibeli dari 18 Julai hingga 17 Ogos, S$27 bagi tiket yang dibeli dari 18 hingga 26 Ogos. Tiket boleh didapati di pautan lelaman Klook.com.
Persembahan bergerak oleh Sweet Tooth, cawangan jangkauan Cake Theatrical Productions. (Gambar: Sweet Tooth)
PERSEMBAHAN BERGERAK

Para pengunjung juga boleh menikmati persembahan bergerak seperti Waterloo Street Stories, sebuah projek kerjasama oleh #WaterlooStKakis yang menampilkan pameran bergambar, persembahan muzik dan banyak lagi - serta "We’ll weather the weather, whatever the weather, until we cannot" yang membayangkan semula Fort Canning Rise sebagai lautan luas yang didiami tiga makhluk berkuasa beraneka warna.

Waterloo Street Stories

Tarikh dan masa: 18, 19, 25, 26 Ogos dari 7.00 hingga 10.00 malam
Lokasi: Waterloo Street

Tiket: Percuma

We’ll weather the weather, whatever the weather, until we cannot

Tarikh dan masa: 18, 19, 25, 26 Ogos dari 7.30 hingga 7.50 malam; 8.30 malam hingga 8.50 malam; 9.30 malam hingga 9.50 malam

Lokasi: Fort Canning Rise

Tiket: Percuma
Tanggapan artis bagi 700 Years. (Gambar: Muhammad Izdi)
PEMETAAN PANCARAN CAHAYA

Pesta Malam Singapura tidak lengkap tanpa sebuah paparan pemetaan pancaran cahaya. Berjudul '700 Years', pemetaan pancaran cahaya tahun ini adalah yang pertama untuk menampilkan sebuah naratif teater selama enam minit. Kisah ini akan bermula pada abad ke-14 dengan watak utamanya, seorang protagonis wanita yang dihantar ke Singapura zaman kini. Paparan kali ini akan menghiburkan anda dengan pancaran lampu yang akan mengisahkan kemajuan Singapura selama ini.
Birth in Blooms adalah pameran yang akan ditayangkan di Chijmes (Gambar: Ashley Yeo)
Satu lagi set pancaran lampu akan diadakan di Chijmes, yang menampilkan karya seni tiga orang artis berpengalaman.

700 Years

Tarikh dan masa: 18 -26 Ogos, 7.30 malam hingga 12 pagi.
Lokasi: Di luar Muzium Negara Singapura

Tiket: Percuma

Pancaran cahaya di Chijmes

Tarikh dan masa: 18-26 Ogos, 7.30 malam hingga 12.00 tengah malam
Lokasi: Chijmes

Tiket: Percuma
Tanggapan artis bagi A Stone's Throw (Away). (Gambar: WY-TO Group)
PERTUNJUKAN LAMPU

Jangan lupa bawa kamera anda untuk mengambil gambar pertunjukan lampu yang disediakan. Terletak di luar Muzium Negara Singapura, pameran A Stone's Throw (Away) mengambil ilham daripada kisah Badang yang melontarkan Batu Singapura di muara Sungai Singapura pada abad ke-14.

Pertunjukan cahaya ini membayangkan semula Batu Singapura ini melalui siri panel yang mengilustrasikan kisahnya. Para pengunjung boleh berdiri di hadapan panel-panel ini untuk menghidupkannya dan menyaksikan pameran itu bermula.
Tanggapan artis bagi Rimbun. (Gambar: Abdul Shakir)
Kemudian, anda juga boleh mengunjungi Farquhar Garden di Canning Rise untuk menyaksikan Rimbun, sebuah pemetaan pancaran lampu di atas daun-daun yang memaparkan motif-motif diilhamkan daripada ukiran kayu tradisional serta cetakan batik.

A Stone's Throw (Away)

Tarikh dan masa: 18 -26 Ogos, 7.30 malam hingga 12 tengah malam
Lokasi: Banyan Tree, Muzium Negara Singapura

Tiket: Percuma

Rimbun

Tarikh dan masa: 18-26 Ogos, 7.30 malam hingga 12 tengah malam
Lokasi: Farquhar Garden di Canning Rise

Tiket: Percuma
Gambar: Singapore Night Festival
TAPAK PESTA

Berehat seketika di pelbagai tapak pesta sepanjang BBB. Tapak acara utama akan diadakan di Campus Green Universiti Pengurusan Singapura (SMU) di mana anda boleh menikmati beraneka minuman sambil dihiburkan dengan persembahan yang diadakan.

Dua lagi tapak pesta akan diadakan di Armenian Street dan Chijmes.

Tarikh dan masa: 18-26 Ogos, 6.00 petang hingga 10.30 malam pada Ahad hingga Khamis, 6.00 petang hingga 11.00 malam pada Jumaat dan Sabtu
Lokasi: Campus Green di SMU

Tiket: Percuma
 
Pameran After Dark oleh Muzium Kanak-Kanak Singapura. (Gambar: Children's Museum Singapore)
PROGRAM KERJASAMA

Anda juga berpeluang menghidupkan impian anda untuk melalui pengalaman seperti filem 'Night At The Museum' dengan pameran After Dark yang akan menghidupkan watak-watak menarik pada waktu malam di Muzium Kanak-Kanak Singapura. Dengarkan kisah-kisah menarik seorang posmen, pembuat roti atau pemerhati burung sambil anda meneroka muzium itu.

Tarikh dan masa: 18, 19, 20, 25, 26 Ogos dari 7.30 hingga 7.50 malam; 8.30 hingga 8.50 malam; 9.30 hingga 10.30 malam
Lokasi: Muzium Kanak-Kanak Singapura

Tiket: Percuma

PROGRAM-PROGRAM YANG MENGGAMIT PELBAGAI DERIA

Pesta kali ini juga ada sebuah lawatan berpandu Port Cities Food: A Culinary Pairing yang membawa para pengunjung menikmati pelbagai kuih dan minuman campuran sambil mendengar kisah-kisah yang mendedahkan warisan gastronomi Middle Road.

Tarikh dan masa: 18, 19, 25, 26 Ogos dari 5.30 hingga 7.00 malam
Lokasi: Pelbagai tapak di BBB

Tiket: Bermula dari S$42. Tiket boleh didapati di laman Klook.com

Butiran lanjut boleh didapati di laman Singapore Night Festival.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita