Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesta makanan 'Hawker Day Out 2022' kini kembali lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2022 05:50PM Dikemas Kini : 04 Jun 2022 09:59PM
SINGAPURA: Para penjaja di Chinatown berharap pesta makanan akan datang, bakal membantu menarik para pelanggan dan penggemar makanan, sedang para pegerai berusaha bangkit daripada pandemik.

Pesta makanan itu diadakan di tengah-tengah kos yang meningkat dan larangan eksport ayam dari Malaysia.

Sepuluh juadah ikonik yang akan menjadi tumpuan pesta makanan di Chinatown dari semalam (3 Jun) hingga 12 Jun ini.

Salah satunya, nasi ayam menggunakan ayam segar.

Tetapi dengan larangan eksport ayam Malaysia bermula 1 Jun lalu, juadah tersebut mungkin menghadapi isu untuk disiapkan.

Agensi Makanan Singapura (SFA) bagaimanapun sudah memaklumkan para penjaja terjejas, Singapura mempunyai bekalan ayam beku yang mencukupi.

Namun daripada sekitar sepuluh gerai nasi ayam di Chinatown, tiga daripadanya didapati tutup dengan salah satunya menunjukkan papan tanda akan ditutup sehingga bekalan ayam segar dikembalikan.

Anggota Parlimen GRC Jalan Besar yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, Josephine Teo berkata pesta makanan kali ini bertujuan mengukuhkan rentak pemulihan dan memaklumkan semua rakyat Singapura, mereka sudah kembali berniaga.

Kegiatan-kegiatan lain yang dianjurkan bertujuan menarik golongan muda agar menikmati warisan unik kawasan Chinatown.

Ada juga lawatan berpandu ke pasar basah di Chinatown.
Sumber : CNA/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan