Skip to main content

Singapura

Pesta Kejiranan raih urus niaga S$3 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta Kejiranan raih urus niaga S$3 juta

Gambar: Heartlandsfestival

Diterbitkan : 26 Feb 2023 07:28PM
SINGAPURA: Kedai-kedai runcit dan penjaja di estet-estet kejiranan menjana urus niaga berjumlah S$3 juta semasa Pesta Kejiranan kedua.

Pesta selama tiga bulan itu bertujuan menyuntik kesegaran kepada perniagaan di estet-estet kejiranan.

Para penjaja misalnya mendapati pendapatan mereka bertambah sekitar 30 peratus, sementara perniagaan-perniagaan lain menyaksikan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus.

Dengan sekatan-sekatan COVID-19 dilonggarkan, hasil penjualan juga jauh melebihi apa yang dicatatkan semasa pesta yang sama pada 2021.

Usaha mendakapi pendigitalan juga meningkatkan jualan dengan 93 peratus kedai melaksanakan pembayaran elektronik setakat Disember lalu.

Angka tersebut berbanding 85 peratus pada Februari tahun lalu.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan pembaharuan terhadap skim kedai baru-baru ini juga memudahkan kerja-kerja naik taraf kedai-kedai.

Lebih banyak perincian tentang struktur pembayaran bersama bagi kerja-kerja pembaharuan di bawah skim itu akan dikongsikan semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan.
Sumber : CNA/IA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita