Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesta i Light S'pore ditangguhkan, tarikh baru belum diumumkan

Pesta tahunan i Light Singapore akan ditangguhkan tahun ini. Ini bermakna pesta pertunjukan lampu itu tidak akan lagi diadakan pada tarikh yang dijadualkan iaitu antara 6 dengan 29 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta i Light S'pore ditangguhkan, tarikh baru belum diumumkan

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 09:27AM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 09:28AM

SINGAPURA: Pesta tahunan i Light Singapore akan ditangguhkan tahun ini.

Ini bermakna pesta pertunjukan lampu itu tidak akan lagi diadakan pada tarikh yang dijadualkan iaitu antara 6 dengan 29 Mac.

Tarikh baru bagi pesta itu belum lagi diumumkan oleh pihak penganjur.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (11 Feb), pihak penganjur menjelaskan acara itu ditangguhkan kerana tahap Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) telah dinaikkan dari kuning ke jingga dan berikutan nasihat untuk membatalkan atau menangguhkan sebarang acara besar-besaran yang tidak penting.

Ia juga menjelaskan sesetengah karya seni dan kegiatan di acara tersebut, yang diadakan di kawasan Marina Bay, memerlukan para pengunjung berada rapat dengan individu lain.

Selain itu, beberapa karyawan mengalami kelewatan dalam menghabiskan karya-karya mereka akibat penularan virus tersebut.

Karya seni para karyawan yang dijadualkan dipamerkan semasa pesta i Light Singapore akan dikekalkan dalam senarai apabila pesta itu mengesahkan tarikh baru.

Acara itu adalah yang terbaru ditangguhkan akibat situasi virus korona baru, menyusuli beberapa siri pembatalan dan penangguhan persembahan kumpulan K-pop, kumpulan teater tempatan, the Esplanade dan Pesta Seni NUS.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan