Pesta Hongbao Sungai 2020 diadakan di Pentas Terapung Marina Bay mulai 23 Jan
Lebih daripada sejuta pengunjung dijangka mengunjungi Pesta Hongbao Sungai 2020.
SINGAPURA: Lebih daripada sejuta pengunjung dijangka mengunjungi Pesta Hongbao Sungai 2020.
Pesta Tahun Baru Cina itu akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay dari 23 Januari hingga 1 Februari.
Pihak penganjur akan menampilkan pameran kegemaran ramai, lama dan baru, dalam usahanya untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Tanglung-tanglung besar, karnival permainan dan gerai-gerai makanan ringan masyarakat Cina serta pertunjukan bunga api.
Itulah antara pelbagai daya tarikan Pesta Hongbao Sungai tahun depan bagi menyambut kedatangan Tahun Tikus dalam kalendar Cina.
Tarikan terbarunya adalah pameran tentang sejarah dan perkembangan tradisi pemberian paket merah.
Pada dua hari terakhir pesta itu, para pengunjung akan dapat menonton perarakan Chingay yang akan melalui Pentas Terapung.
Pancaran bunga api pula akan menyinarkan langit setiap malam semasa pesta 10 hari itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.