Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesta Buku Melayu SG wadah penting pupuk tabiat suka membaca

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesta Buku Melayu Singapura tahun ini kembali dianjurkan secara fizikal di Wisma Geylang Serai selepas dua tahun diadakan secara online dan hibrid.

Sempena perasmiannya, tiga buku hasil karya penulis tempatan turut dilancarkan.

Di setiap sudut Persada Budaya WGS, para pengunjung akan dapat melihat 'ulat-ulat buku' yang sedang ghairah membaca, mahupun mencari buku untuk anak-anak mereka.

Dan inilah yang menjadi matlamat Pesta Buku Melayu Singapura, yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat (16 Dis).

"Yang paling kami utamakan adalah suasana, di mana kita dapat melihat semua golongan masyarakat kita duduk membaca. Kalau kita pergi ke pesta makanan misalnya, kita akan membeli makanan dan duduk makan. Kenapa tidak kali ini kita ke pesta buku di mana kita membeli buku dan duduk membaca," Pengerusi Pesta Buku Melayu Singapura Isiah Majid.

Sempena pembukaan rasmi acara ini, tetamu terhormat Presiden Halimah Yacob turut melancarkan tiga buku hasil karya penulis tempatan termasuk buku bergambar 'My Name is Riz. I have Motor Neurone Disease' serta buku kumpulan puisi oleh sasterawan mapan Suratman Markasan.

Meskipun sudah menjangkau usia lebih 90 tahun, tekad untuk terus berkarya masih menebal dalam jati diri insan seni ini.

"Bila otak kita diisi dengan ilmu, dengan sendirinya ada banyak hal yang kita lihat dalam keadaan manusia yang boleh kita jadikan satu cerita seorang penulis harus menganggap mata, telinga dan mulut sebagai kepunyaan masyarakat dan mencurahkannya dalam apa-apa bentuk. Itu yang membuat saya terus mahu menulis," kata sasterawan mapan, Suratman Markasan.

Pelancaran acara ini turut dihadiri Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim serta Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Undang-Undang, Rahayu Mahzam.

"Ini adalah wadah penting untuk kita membangunkan tabiat membaca ini kepada anak-anak kita, terutama bagi mereka berusia kecil kerana ia memberi mereka ilmu dan keupayaan membaca serta membangunkan wadah berinteraksi di kalangan ibu bapa dan anak-anak mereka," kata Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Secara keseluruhannya, lebih 150 judul buku kanak-kanak dijual pada harga purata S$20 setiap satu dan sambutannya sejauh ini amat menggalakkan.

Pesta Buku Melayu Singapura menampilkan sekitar 20 program untuk meningkatkan minat terhadap sastera dan bahasa dan akan berlangsung sehingga esok.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan