Skip to main content

Singapura

Pesta AI diadakan buat pertama kali; mahu galak belia manfaatkan AI demi kebaikan awam

Menjadikan kecerdasan buatan (AI) lebih mudah diterima sambil menggalakkan para belia memanfaatkannya demi kebaikan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta AI diadakan buat pertama kali; mahu galak belia manfaatkan AI demi kebaikan awam

Aplikasi Hear2Go yang dicipta oleh sekumpulan pelajar daripada Politeknik Republik merupakan antara yang dipamerkan di acara tersebut.

Diterbitkan : 08 Jul 2026 09:55PM Dikemas Kini : 08 Jul 2026 09:56PM
SINGAPURA: Menjadikan kecerdasan buatan (AI) lebih mudah diterima sambil menggalakkan para belia memanfaatkannya demi kebaikan awam.

Itulah tujuan Pesta AI untuk Kebaikan yang dilancarkan buat julung-julung kalinya oleh AI Singapura pada Rabu (8 Jul).

Acara tersebut bertujuan melibatkan lebih 5,000 belia menerusi pelbagai bengkel, pameran dan aktiviti.

Sebagai contoh, aplikasi Hear2Go boleh membantu golongan kurang daya penglihatan ketika ingin menaiki bas.

Dengan bantuan AI, mereka tidak perlu lagi menahan setiap bas hanya untuk bertanya nombornya.

Aplikasi yang dicipta oleh sekumpulan pelajar daripada Politeknik Republik merupakan antara yang dipamerkan di acara tersebut.

Acara tersebut ingin mendorong para pelajar yang cekap dengan penggunaan AI supaya memikirkan huraian kepada cabaran-cabaran sosial.

"Kita tidak akan mencapai kejayaan sekiranya mereka yang ketinggalan tidak boleh seiring. Jadi saya akan biar anda fikirkannya.

"Jika anda seorang pelajar yang memikirkan tentang produk anda seterusnya, produk digital yang anda ingin cipta, fikirkan peranan-peranan yang anda ingin ceburi dalam kerjaya anda.

"Saya galakkan anda untuk fikirkan apakah maksud kebaikan, apakah maksud menyumbang kepada kemajuan masyarakat," kata Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital, Jasmin Lau.

Bagi mereka yang kurang cekap dalam AI pula, acara itu akan menganjurkan bengkel-bengkel percuma di mana mereka dapat belajar cara-cara agen AI boleh digunakan dalam masalah dunia nyata.

Dengan ilmu sebegini, para pelajar dapat meraih keyakinan dalam menyelesaikan masalah berhubung AI dan penciptaan prototaip.

AI Singapore akan menganjurkan edisi kedua acara itu di ITE Kolej Timur bulan depan.
Sumber : CNA/QA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita