Pesilat negara Sheik Ferdous didenda S$8,000 kerana pandu dalam keadaan mabuk
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesilat negara Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin didenda S$8,000 dandilarang memandu selama 48 bulan.
Ini selepas dia mengaku bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Kadar alkohol Sheik Ferdous, 27 tahun, semasa ditahan adalah lebih dua setengah kali ganda daripada had yang dibenarkan.
Di mahkamah pada Isnin (15 Mei), pihak pendakwa menyatakan insiden itu berlaku pada dinihari 27 November tahun lalu.
Dua pegawai polis menemi keretanya diletakkan di lorong paling kiri di Cantonment Road menuju Keppel Road.
Apabila polis mendekati kereta tersebut, mereka mendapati Sheik Ferdous berbau alkohol.
Ujian alat pernafasan dijalankan ke atasnya, dan dia gagal dalam ujian itu.
Sheik Ferdous kemudiannya ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik.
Ujian kedua mendapati kadar alkohol dalam nafasnya ialah sekitar 2.65 kali had yang ditetapkan.
Pesalah kali pertama bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga S$10,000.
Sheik Ferdous yang juga anak kepada Ketua Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Ala'uddin Yacoob, merupakan sebahagian daripada pasukan silat negara yang baru-baru ini menang pingat perak pada Sukan SEA di Kemboja.
Badan sukan Singapura SportSG menyatakan ia memandang serius terhadap kelakuan atlit-atlitnya.
SportSG menambah bahawa ia akan menjalankan siasatan dalaman untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap atlit tersebut.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.