Peserta Program Pengurusan Kes FITRAH catat kemajuan, bantu proses integrasi semula dalam masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para bekas pesalah dan keluarga mereka yang menjalani Program Pengurusan Kes FITRAH (FCM) telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.
Setakat ini, lapan kumpulan peserta FCM iaitu seramai 198 daripada mereka sudah meraih manfaat daripada program tersebut.
Menurut penilaian yang dijalankan MUIS bagi lima kumpulan pertama FCM, lebih 90 peratus klien mencapai kestabilan dalam enam aspek penting iaitu keluarga, tempat tinggal, kewangan, pekerjaan, daya tindak dan gaya hidup positif.
Menurut MUIS, angka itu mencerminkan bagaimana “pendekatan menyeluruh FCM memberi impak dan konsisten dalam menyokong proses integrasi semula yang berjaya.”
Selain itu, program tersebut turut mencatat kemajuan ketara dalam aspek hubungan kekeluargaan.
Klien juga melaporkan peningkatan sebanyak 5.25 peratus dalam hubungan dengan keluarga mereka, manakala anggota keluarga pula melaporkan peningkatan 9.1 peratus dalam hubungan bersama klien.
Di bawah program selama 18 bulan itu, para peserta - termasuk bekas pesalah dan ahli keluarga mereka - ditawarkan sokongan berstruktur untuk membantu diri mereka atau orang tersayang menjalani hukuman serta melalui proses integrasi semula ke dalam masyarakat.
LAGI 20 PESERTA TAMATKAN PROGRAM FCM
Daripada 198 peserta, 77 daripada mereka sudah sudah selesai menjalani program itu.
Ini termasuk lagi 20 peserta yang berjaya menamatkan program FCM pada Sabtu lalu (29 Nov).
Mereka diraikan dalam satu majlis tamat pengajian yang turut dihadiri tetamu terhormat, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.

Dalam ucapannya, Dr Faishal menekankan bahawa perjalanan untuk tidak mengulangi kesilapan merupakan perjalanan seumur hidup yang penuh cabaran dan liku.
Beliau lantas mendorong para graduan FCM itu untuk memanfaatkan segala yang diperolehi daripada program tersebut termasuk rangkaian rakan sebaya dan rakan-rakan yang positif yang telah dibina, dalam melakar hala tuju seterusnya dalam kehidupan mereka masing-masing.

Dr Faishal berkata, "FITRAH, berdiri atas prinsip kasih sayang dan peluang bahawa setiap insan berhak untuk membina semula kehidupan dengan penuh maruah dan harapan.
"Marilah kita terus memperkukuh jaringan sokongan ini agar lebih ramai yang dapat bangkit bersama menuju masa depan yang lebih cerah dan bermakna," jelasnya.
BANGKIT DARI CABARAN HIDUP DENGAN BANTUAN FCM; KINI INGIN SUMBANG KEMBALI
Antara 20 peserta program FCM yang diraikan di majlis itu ialah Cik Hafizah Bee.

Sebelum itu, Cik Hafizah diletakkan di bawah Program Berasaskan Masyarakat (CBP) pada Januari 2024.
Ketika itu, pelbagai cabaran datang silih berganti.
Pada ketika itu, dia sedang menguruskan proses perceraiannya sambil berjuang mendapatkan hak penjagaan bagi empat orang anaknya.
Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Keadaan bertambah berat apabila anak perempuannya pula diketahui bergelut dengan kerosakan hati.
“Titik paling rendah dalam (kehidupan saya adalah melalui) proses perceraian, dengan anak saya melalui pemindahan hati dan pada ketika itu, (anak saya) berdepan dengan penolakan organ. FCM membantu dari segi sokongan moral dan segala bentuk bantuan untuk meringankan beban saya, termasuk bantuan kewangan,” luah Cik Hafizah.
Menerusi FCM, dia menerima sokongan emosi dan kewangan, bantuan mendapatkan pekerjaan serta bantuan lain termasuk baucar pasar raya.
Ditanya tentang iktibar yang diperoleh sepanjang menjalani program tersebut, Cik Hafizah berkata: “Semangat untuk bangkit dan maju ke hadapan. Saya selalu ingatkan diri saya bahawa saya boleh lakukannya.”
Menyedari betapa banyak manfaat yang diterimanya daripada FCM, Cik Hafizah kini bertekad untuk terus menyumbang semula dan menyokong acara serta inisiatif FCM pada masa hadapan.
Beliau bahkan kini giat menyumbang masa dan tenaga kepada Goal Aspiration, sebuah kumpulan sokongan yang ditubuhkan bekas pesalah untuk saling memberi sokongan positif kepada rakan seperjuangan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.