Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peserta perbincangan meja bundar Dialog Shangri-La tekankan pentingnya dialog terbuka, berterus-terang

Anggaran Waktu Membaca:
 Peserta perbincangan meja bundar Dialog Shangri-La tekankan pentingnya dialog terbuka, berterus-terang

(Gambar: Kementerian Pertahanan Singapura)

SINGAPURA: Para menteri yang menghadiri sesi perbincangan meja bundar Dialog Shangri-La, menekankan lagi peri pentingnya mengadakan dialog secara terbuka dan terus-terang.

Ini selain mengekalkan orde antarabangsa berasaskan peraturan.

Antara yang hadir dalam sesi itu ialah Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin dan rakan sejawatannya dari China Li Shangfu.

Para menteri tersebut membincangkan pelbagai isu termasuk perang Rusia-Ukraine, kesan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China ke atas rantau Asia Pasifik, serta keadaan di Semenanjung Korea.

Mereka juga bersetuju bahawa penting untuk bekerjasama bagi mewujudkan langkah-langkah membina keyakinan dan mencegah konflik, di samping sentiasa memastikan talian komunikasi kekal terbuka.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan