Skip to main content

Singapura

Peserta Maraton Standard Chartered SG maut selepas tamat larian

Anggaran Waktu Membaca:
Peserta Maraton Standard Chartered SG maut selepas tamat larian

(Gambar: Facebook/Standard Chartered Singapore Marathon)

Diterbitkan : 01 Dec 2024 07:48PM Dikemas Kini : 01 Dec 2024 07:50PM
SINGAPURA: Seorang peserta Maraton Standard Chartered Singapura meninggal dunia selepas menamatkan larian pada Ahad (1 Dis), dedah penganjur.

“Dengan penuh rasa dukacita, kami mengesahkan kematian seorang peserta larian Maraton Standard Chartered Singapore 2024,” tulis pihak penganjur melalui catatan di Facebook.

“Selepas tamat perlumbaan itu, peserta memerlukan dan menerima rawatan perubatan segera di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Singapura,” tambahnya.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan ia menerima panggilan meminta bantuan berhampiran 1 Marina Boulevard pada pukul 7.15 pagi.

"Bantuan SCDF tidak diperlukan," tambah SCDF.

Mediacorp sudah menghubungi pihak penganjur dan polis bagi maklumat lanjut.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita