Peserta GetActive! cecah paras rekod; kumpul dana bagi golongan memerlukan
Lebih 800,000 orang mengambil bahagian dalam acara GetActive! Singapore tahun ini.
SINGAPURA: Lebih 800,000 orang mengambil bahagian dalam acara GetActive! Singapore tahun ini.
Ini merupakan satu jumlah rekod, dengan peningkatan hampir 20 peratus berbanding tahun lalu.
Temasya sukan nasional selama 11 hari itu dianjurkan oleh Sport Singapore dan ia bertujuan untuk memupuk semangat nasional yang lebih kuat serta menggalak gaya hidup aktif.
Lebih 3,000 murid prasekolah mengambil bahagian dalam acara kemuncak temasya itu, yang diadakan di Stadium Negara.
Ia juga merupakan peluang bagi para pengunjung meraikan Hari Kebangsaan lebih awal bersama tetamu terhormat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu.
Buat pertama kalinya tahun ini, para penganjur juga bekerjasama dengan rakan-rakan kerja masyarakat untuk mengadakan acara sukan bagi tujuan mengumpul dana untuk golongan memerlukan seperti OneRun2018.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.