Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peserta Climbathon MENDAKI dalam perjalanan ke Kathmandu; keselamatan tunggak utama, kata CEO Rahayu Buang

"Kadang-kadang kita sudah melakukan yang terbaik tetapi tidak dapat mengecapi aspirasi yang ditetapkan buat kali pertama." Demikian mesej  Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MENDAKI Rahayu Buang kepada peserta Climbathon Dana Amanah Pendidikan (ETF).

Anggaran Waktu Membaca:
Peserta Climbathon MENDAKI dalam perjalanan ke Kathmandu; keselamatan tunggak utama, kata CEO Rahayu Buang

Para pendaki ekspedisi Climbathon menempuh kawasan yang diselimuti salji tebal. (Gambar: Yayasan MENDAKI)

SINGAPURA: "Kadang-kadang kita sudah melakukan yang terbaik tetapi tidak dapat mengecapi aspirasi yang ditetapkan buat kali pertama." Demikian mesej Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MENDAKI Rahayu Buang kepada peserta Climbathon Dana Amanah Pendidikan (ETF) setelah usaha mereka mendaki ke puncak Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal terhambat dek salji yang turun dengan banyak.

Sungguhpun demikian, tambah beliau, "kita mesti meraikan sejauh mana perjalanan kita dan tabah menjalani apa jua yang dihadapi pada hari-hari seterusnya."

Climbathon adalah sebahagian daripada usaha mengumpul derma bagi ETF bagi menyokong pendidikan lebih 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ekspedisi menawan puncak Kem Pangkalan Gunung Annapurna, setinggi 4,100 meter di banjaran Himalaya, terhambat disebbakan salji tebal yang tiba 10 hari lebih awal dari yang dijangkakan. Ini menyebabkan Kem Pangkalan Gunung Macchapuchhare dan Kem Pangkalan Gunung Annapurna ditutup kepada semua pendaki pada Ahad (15 Dis). Semua pendaki juga perlu berpatah balik ekoran penutupan tersebut.

(Gambar: Yayasan MENDAKI)

(Gambar: Yayasan MENDAKI)

Lantaran itu, delegasi Climbathon juga terpaksa membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakian demi keselamatan semua peserta di sana.

Dalam kiriman mesej beliau kepada kakitangan Yayasan MENDAKI di Singapura lewat malam semalam, Cik Rahayu, yang juga menyertai pendakian Climbathon tersebut, berkata: "Keselamatan peserta adalah keutamaan kami. Climbathon adalah usaha simbolik untuk menyokong para pelajar yang menempuh cabaran dalam menggapai aspirasi pendidikan mereka. Kumpulan Climbathon mengatasi pendakian yang sangat berbahaya dalam matlamat kami untuk sampai ke ABC (Kem Pangkalan Annapurna)".

Delegasi ekspedisi Climbathon 2019 anjuran Yayasan Mendaki. (Gambar: MENDAKI/Facebook)

(Gambar: MENDAKI/Facebook)

Meskipun berdepan pelbagai rintangan, Cik Rahayu amat berbangga dengan usaha mereka terutama peserta belia yang berjaya mendaki sehingga 3,200 meter. Inilah mesej yang ingin beliau - kerja keras tidak seharusnya selalu berakhir dengan kejayaan namun titik peluh dan kesungguhan yang dicurahkan untuk mencapai aspirasi perlu diraikan.

 Dalam satu kenyataan media pada Isnin (16 Dis), MENDAKI menyatakan rombongan tersebut dijangka berpatah balik sejauh 2,030 meter ke Ghandruk sebelum menyambung perjalanan turun ke Kathmandu. Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 22 Disember ini pada jam 4.35 pagi.

Dalam pada itu, Cik Rahayu juga merakamkan setinggi penghargaan kepada para penderma atas sokongan berterusan mereka kepada ETF.

MENDAKI berharap anggota masyarakat dapat terus memberikan sokongan kepada usaha mereka dengan menghulurkan sumbangan menerusi laman https://www.giving.sg/yayasan-mendaki/climbathon19.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan