Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesawat SIA mendarat di Johannesburg susuli ancaman bom

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat SIA mendarat di Johannesburg susuli ancaman bom

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi pada 2 Disember 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Pesawat Singapore Airlines (SIA) mendarat di Johannesburg, Afrika Selatan selama beberapa jam pada Selasa (14 Mac) menyusuli satu ancaman bom.

Pesawat SQ478 sedang melakukan penerbangan dari Singapura ke Cape Town melalui Johannesburg apabila SIA dimaklumkan tentang ancaman bom tersebut, menurut SIA kepada pertanyaan Mediacorp.

Kesemua 58 penumpang dan 15 anak kapal turun dari pesawat tersebut dengan selamat selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg.

Pemeriksaan keselamatan dijalankan dan SIA membantu pihak berkuasa dengan siasatan mereka, dedah syarikat penerbangan itu.

Selepas pemeriksaan tambahan selesai dijalankan, pesawat tersebut berlepas dari Johannesburg pada pukul 12.37 tengah hari dan tiba di Cape Town pada pukul 2.29 petang, lewat sekitar lima jam dari yang dijadualkan.

"Singapore Airlines memandang serius terhadap keselamatan pelanggan dan kakitangan kami," tegas SIA sambil menambah bahawa ia tidak dapat memberikan lebih banyak butiran kerana ia melibatkan isu keselamatan.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan