Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesawat SIA dari Paris ke S'pura dilencongkan ke Azerbaijan dek 'masalah teknikal'

Penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang berlepas dari Paris ke Singapura pada Khamis (8 Sep) dilencongkan ke Baku, Azerbaijan, disebabkan "masalah teknikal", menurut syarikat penerbangan itu pada Jumaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat SIA dari Paris ke S'pura dilencongkan ke Azerbaijan dek 'masalah teknikal'

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang berlepas dari Paris ke Singapura pada Khamis (8 Sep) dilencongkan ke Baku, Azerbaijan, disebabkan "masalah teknikal", menurut syarikat penerbangan itu pada Jumaat.

Pesawat SQ333 Boeing 777-300ER mendarat "tanpa kegenjotan" di Lapangan Terbang Antarabangsa Baku Heydar Aliyev sekitar pukul 6.35 pagi waktu tempatan (10.35 pagi waktu Singapura) pada Jumaat.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SIA menyatakan pesawat itu membawa 229 penumpang serta 18 anak kapal dan semuanya turun daripada kapal terbang berkenaan dalam keadaan biasa.

SIA menyatakan pihaknya akan mengatur penerbangan gantian untuk membawa penumpang serta anak kapal terjejas kembali ke Singapura. Ia juga akan mengumumkan butiran tentang aturan tersebut "dalam masa terdekat".

Seorang jurucakap SIA menambah: "Kami sedang menghulurkan bantuan seperti menyediakan makanan dan penginapan hotel kepada pelanggan terjejas."

"Keselamatan penumpang dan anak kapal kami sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku."

Menurut pengesan penerbangan Flightradar24, SQ333 berlepas dari Paris pada pukul 11.20 malam pada Khamis dan ia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 5.30 petang hari ini.
Pelencongan penerbangan SQ333 Singapora Airlines (SIA) ke Baku, Azerbaijan, pada 9 Sep 2022 dilihat di Flightradar24 (Petikan skrin: Flightradar24)
Pada Mac, satu penerbangan SIA - juga melibatkan pesawat Boeing 777-300ER - dari London ke Singapura berpatah balik sejurus selepas berlepas disebabkan "gegaran" pada salah satu enjinnya.

Seramai 225 penumpang dan 18 anak kapal berada dalam pesawat itu.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan