Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesawat Scoot menghala ke S'pura berpatah balik ke Perth susuli masalah teknikal

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah pesawat Scoot yang sedang melakukan penerbangan ke Singapura dari Perth terpaksa berpatah balik kira-kira 20 minit selepas berlepas pada Isnin (11 Jul) disebabkan masalah teknikal.

Demikian menurut laporan-laporan media.

Masalah itu dikesan pada pukul 7.40 malam dan pesawat TR9 itu melakukan pusingan di Pulau Rottnest sebanyak tiga kali sebelum mendarat semula di Lapangan Terbang Perth, menurut laporan-laporan dan laman penerbangan FlightRadar24.

Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner itu mendarat sekitar sejam kemudian, iaitu kira-kira pukul 8.30 malam, menurut FlightRadar24.

Mediacorp sudah menghubungi Scoot untuk mendapatkan komen.

Menurut laporan-laporan media, pesawat TR9 tidak dapat meneruskan penerbangan tepat pada masanya pada Isnin, memandangkan bahagian-bahagian pesawat yang diperlukan bagi kerja-kerja pembaikan tidak ada di Perth dan perlu dihantar ke sana.

Scoot menawarkan pesawat TR9 yang berlepas pada pukul 6.00 petang Selasa (12 Jul) kepada para penumpang yang terjejas atau pesawat ganti TR5001/TR9D, yang dijadual tiba di Perth pada pukul 8.00 malam Selasa dan berlepas pada pukul 9.00 malam, menurut laporan.

Para penumpang tempatan dinasihatkan agar pulang ke rumah, manakala penginapan di hotel disediakan untuk penumpang lain, menurut laporan.
Sumber : CNA/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan