Skip to main content

Singapura

Pesawat Scoot dari Gold Coast ke S'pura dilencongkan selepas penumpang buat kacau

Penerbangan Scoot dari Gold Coast di Australia ke Singapura dilencongkan ke Lapangan Terbang Sydney hari ini (21 Jan) selepas seorang penumpang membuat kacau semasa dalam penerbangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Scoot dari Gold Coast ke S'pura dilencongkan selepas penumpang buat kacau

Pesawat tambang murah Scoot. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 09:01PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 09:03PM

SYDNEY: Penerbangan Scoot dari Gold Coast di Australia ke Singapura dilencongkan ke Lapangan Terbang Sydney hari ini (21 Jan) selepas seorang penumpang membuat kacau semasa dalam penerbangan.

Pesawat TR7 dilencongkan ke Lapangan Terbang Sydney ketika sudah melakukan perjalanan selama 1 jam 20 minit.

"Penumpang terbabit diturunkan dari pesawat dan diserahkan kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan sebaik sahaja pesawat mendarat," menurut Scoot dalam kenyataannya.

Syarikat penerbangan itu menambah, ia mengaturkan supaya para penumpang lain dapat meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat TR13 Scoot atau SQ242 Singapore Airlines yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sydney.  

Related article image

(Gambar: Flight Radar)

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita