Pesawat RSAF A330 MRTT muncul pertama kali dalam Latihan Pitch Black di Australia
Pesawat MRTT dapat mengisi minyak di udara bagi 12 pesawat pejuang dalam tempoh 4 jam.
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat Pengangkutan Tangki Minyak Berbilang Peranan A330 (MRTT). (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) kini giat menguji selok belok jet pejuang F-35 yang dibelinya dan dijangka tiba empat tahun lagi.
Ini termasuk menjalankan latihan memastikan pesawat itu dapat berada di udara lebih lama.
Di sinilah pesawat pengisi minyak memainkan peranan utama.
Contohnya, pesawat Pengangkutan Tangki Minyak Berbilang Peranan A330 atau singkatannya, MRTT.
Pesawat MRTT itu merupakan yang terbaru bagi Singapura dan ia muncul buat pertama kalinya dalam Latihan Pitch Black di Darwin, Australia.
Dengan pengisian minyak di udara, pesawat-pesawat canggih RSAF seperti F-35B dapat berada di udara lebih lama untuk menjalankan misi.
Para juruterbang menyatakan, operasi mengisi minyak di udara sememangnya "sangat mencabar" kerana banyak faktor luaran yang boleh menjejas pengisian minyak seperti udara yang bergelora.
Dalam latihan tersebut, pesawat MRTT ini dapat mengisi 12 pesawat pejuang dalam tempoh 4 jam.

Sumber : CNA/DY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.