Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesawat pengganti jet pejuang F-16 jelang 2030 bagi tingkat keupayaan SAF

Pesawat F-16 merupakan tulang belakang angkatan tentera udara yang hampir mencapai penghujung perkhidmatannya. Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menggantikan jet-jet pejuang F-16 itu menjelang 2030.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jun 2018 06:17PM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 10:19PM

SINGAPURA: Pesawat F-16 merupakan tulang belakang angkatan tentera udara yang hampir mencapai penghujung perkhidmatannya. Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menggantikan jet-jet pejuang F-16 itu menjelang 2030.

Keputusan mengenai pesawat penggantinya akan dibuat dalam masa beberapa bulan lagi. Tujuannya adalah untuk memastikan tentera Singapura kekal sebagai salah satu yang terbaik di rantau ini pada masa hadapan.

Selain F-16, beberapa aset lain juga akan digantikan. Ini bertujuan untuk membantu mengurangkan tenaga kerja, di samping meningkatkan jangkauan, keupayaan dan mobiliti. Semua ini boleh dicapai dengan perancangan jangka panjang.

"Itulah faedah utama dalam perancangan jangka panjang. Jika kita membuat keputusan secara tergesa-gesa untuk menggantikannya dalam masa dua tahun, ia tidak mungkin dapat dilakukan kerana anda akan membeli apa yang ada. Kami bekerjasama dengan industri pertahanan dan melaksanakan keupayaan-keupayaan itu," kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Semua perancangan itu sebahagian daripada matlamat SAF untuk kekal sebagai antara tentera terbaik di rantau ini dan melindungi Singapura menjangkaui generasi masa kini.

Selain memperoleh aset baru, SAF akan menubuhkan sebuah pusat baru untuk menguji konsep dan keupayaan sistem pertahanan udara yang baru.

SAF juga merancang untuk menggunakan keupayaan barunya bagi bantuan kemanusiaan dan operasi sokongan keamanan. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan