Pesawat luncur atas air ST Engineering bakal beroperasi di laluan feri SG-Batam
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: ST Engineering pada Selasa (3 Feb) mengumumkan perjanjian dengan pengendali feri yang akan menyaksikan pesawat AirFish Voyager, yang meluncur di atas permukaan air, terbang mengikut laluan feri antara Singapura dengan Batam.
AirFish menggunakan daya aerodinamik dan tekanan udara untuk meluncur beberapa meter di atas air, dan mampu terbang pada kelajuan tiga kali ganda kapal marin sedia ada, menurut maklumat di laman web ST Engineering.
Ia boleh membawa sehingga 10 orang, termasuk anak kapal, dan tidak memerlukan prasarana khusus untuk mendarat atau berangkat. Buat masa ini, ia sedang dibina di Singapura.
Di bawah perjanjian antara ST Engineering AirX - usaha sama perniagaan aeroangkasa komersial ST Engineering - dengan BatamFast, pengendali feri itu akan menyewa AirFish dan mengendalikannya di laluan feri antara Singapura dengan pulau Indonesia itu.
Operasi dijangka bermula pada separuh kedua 2026, tertakluk kepada kelulusan kawal selia, kata ST Engineering.
ST Engineering AirX dan BatamFast juga akan meneroka peluang untuk mengembangkan operasi ke destinasi baharu di seluruh Asia Tenggara, tambahnya.
Satu lagi perjanjian dibuat dengan Wings Over Water Ferries (WOW), yang akan membawa empat pesawat AirFish ke India untuk kegunaan komersial, bermula hujung tahun 2026.
Permulaan operasi tertakluk kepada kelulusan laluan oleh pihak berkuasa tempatan, dedah ST Engineering.
"Strategi penggunaan awal WOW akan memberi tumpuan kepada wilayah dan sektor pesisir pantai yang mempunyai permintaan tinggi dengan potensi pelancongan, penumpang dan keterhubungan serantau yang kukuh," kata ST Engineering.
ST Engineering AirX juga akan bekerjasama dengan WOW untuk "meneroka keupayaan pemasangan, pembuatan, latihan dan penyenggaraan tempatan" untuk pesawat AirFish di India.
Perkongsian baharu ini akan membantu mempercepatkan pengenalan komersial kapal tersebut dan "mengukuhkan kedudukannya sebagai huraian mobiliti berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk pengangkutan pesisir dan serantau", kata ST Engineering.
AirFish dijangka diklasifikasikan menjelang pertengahan 2026, dedah ST Engineering.
ST Engineering AirX bekerjasama dengan Bureau Veritas dalam klasifikasi dan pentauliahan AirFish sejak 2024.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.