Pesawat Firefly batalkan pendaratan di Seletar akibat cuaca buruk
Sebuat pesawat Firefly terpaksa membatalkan pendaratannya di Lapangan Terbang Seletar pada Isnin (29 Apr) disebabkan oleh cuaca buruk, menurut syarikat penerbangan itu pada Selasa (30 Apr).
SINGAPURA: Sebuat pesawat Firefly terpaksa membatalkan pendaratannya di Lapangan Terbang Seletar pada Isnin (29 Apr) disebabkan oleh cuaca buruk, menurut syarikat penerbangan itu pada Selasa (30 Apr).
Pesawat FY3132 yang membawa 25 orang, berlepas pada sekitar jam 5.15 petang dari Lapangan Terbang Subang, menurut flightradar24.com.
Penerbangannya dilencongkan ke Lapangan Terbang Senai setelah Lapangan Terbang Seletar mengesahkan bahawa berdasarkan darjah penglihatan, tidak sesuai untuk pesawat itu melakukan pendaratan.
"Keselamatan sangat penting bagi kami," menurut jurucakap Firefly.
Buat masa ini, Firefly menggunakan pendekatan visual semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Seletar. Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata bahawa syarikat penerbangan itu sedang memasang peralatan bagi prosedur pendekatan berteraskan GPS pada pesawat-pesawatnya.
Teksi-teksi disediakan bagi sekitar 10 penumpang dalam pesawat yang dilencongkan itu, menurut jurucakap tersebut. Para penumpang yang lain menaiki kereta sewa Grab untuk ke destinasi masing-masing. Kos menaiki kereta sewa Grab akan dibayar semula.
Penerbangan dari Singapura ke Kuala Lumpur turut terjejas.
Seramai 35 penumpang dijadual menaiki pesawat pulang ke Lapangan Terbang Subang dihantar ke Lapangan Terbang Changi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines, menurut Firefly.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.