Pesawat Boeing 787-10 pertama SIA bakal 'terbang' ke Osaka
Singapore Airlines (SIA) memilih Osaka, Jepun sebagai destinasi pertama bagi pesawat terbarunya Boeing 787-10.
Pesawat Boeing 787-10 Singapore Airlines. (Gambar: SIA)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) memilih Osaka, Jepun sebagai destinasi pertama bagi pesawat terbarunya Boeing 787-10.
Syarikat penerbangan nasional itu mengumumkan hari ini (8 Feb) bahawa khidmat penerbangan dijangka bermula pada Mei 2018.
SIA merupakan syarikat penerbangan pertama di dunia yang mengendalikan pesawat jenis 787-10 dan sudah menempah 49 pesawat daripada syarikat gergasi pesawat di Amerika Syarikat.
Pesawat pertamanya dijangka tiba dari kilang Boeing di Charleston, South Carolina, pada bulan depan.
Pesawat 787-10 boleh menampung sehingga 330 penumpang.
SIA juga baru-baru ini memeterai kontrak dengan Boeing untuk menggunakan buku log elektronik bagi pesawat jenis 777 dan 787 semasa Pertunjukan Udara Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.