Pesara tidak sangka menang kondo S$1 juta dalam cabutan bertuah Lazada
Seorang penjaja yang sudah bersara tidak percaya dipilih pemenang bertuah sebuah unit kondominium satu bilik bernilai S$1 juta di Normanton Park dalam "cabutan bertuah terbesar 11.11 Singapura" anjuran wadah e-dagang Lazada.
(Gambar: Lazada)
SINGAPURA: Seorang penjaja yang sudah bersara tidak percaya dipilih pemenang bertuah sebuah unit kondominium satu bilik bernilai S$1 juta di Normanton Park dalam "cabutan bertuah terbesar 11.11 Singapura" anjuran wadah e-dagang Lazada.
Encik Chow Meng Cheng, 70 tahun memenangi "kunci emas" itu selepas berbelanja S$3.41 bagi gel aloe vera dan baucar digital untuk nasi lemak dan bermain sebuah permainan dalam aplikasi itu, menurut Lazada pada Rabu (17 Nov).
"Sebelum bersara, Encik Chow merupakan seorang penjaja selama 30 tahun, menjual mi sup ikan untuk menyara keluarganya seramai lima anggota," menurut Lazada.
"Saya masih belum dapat percaya berita kemenangan ini! Pada mulanya, saya fikir ini satu skim penipuan apabila kumpulan Lazada memaklumkan berita ini kepada saya," kata Encik Chow.
"Seumur hidup saya tidak pernah bernasib baik begini! Saya hanya dapat pastikan benar-benar pemenangnya setelah mengesahkan bersama pasukan khidmat pelanggan Lazada."
Encik Ismail Gafoor, CEO PropNex Realty yang merupakan penaja bersama cabutan bertuah itu, memberi gambaran tentang apa yang boleh Encik Chow jangkakan di rumah barunya.
"Kami teruja menjadi penaja bersama kondominium Normanton Park yang bernilai S$1,000,000 dan ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Chow sekeluarga atas kemenangannya itu," kata beliau.
"Hartanah itu menawarkan landskap menarik dengan pemandangan kolam renang dan 110 kemudahan gaya hidup yang terletak di sebidang tanah seluas 680,000 kaki persegi yang boleh beliau menikmati dengan selesa."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.