Pesara 63 tahun mengaku cetus kebakaran flat Tampines gara-gara rokoknya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pesara mengaku bersalah pada Selasa (17 Jan) kerana membuang sebatang rokok bernyala pada lantai yang diselaputi dengan minyak tanah.
Perbuatannya itu menyebabkan kebakaran yang kemudian merebak ke bahagian-bahagian lain flatnya di Tampines.
Pihak Majlis Bandaran terpaksa menampung kos sekitar S$20,000 untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan.
Loh Fu Wah, 63 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kebakaran akibat kecuaiannya di Blok 941 Tampines Avenue 5 pada 28 Januari tahun lalu.
Mahkamah diberitahu bahawa Loh, seorang warga Singapura, didiagnosis dengan penyakit Parkinson sekitar April 2020.
Dia dinilai mengalami kemurungan disebabkan oleh diagnosis tersebut dan diberikan ubat untuk menangani kemurungannya. Dia bagaimanapun terus mengalami masalah tersebut.
Pada 28 Januari 2022, Loh menggunakan minyak tanah untuk membersihkan flatnya. Dia meminum arak ketika membersihkan flatnya kerana dia berasa tertekan dan sunyi, menurut dokumen mahkamah.
Pada sekitar 10.15 malam, dia menghantar mesej kepada keluarganya menerusi WhatsApp sambil mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan betapa dia menyayangi mereka.
Loh kemudian menghisap sebatang rokok di dalam biliknya. Dia membuang rokok yang bernyala di lantai setelah berasa letih sekalipun dia tahu bahawa lantai diselaputi dengan minyak tanah dan berisiko berlaku kebakaran.
Flat tersebut terbakar dalam masa beberapa minit. Kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada bilik-bilik flat tersebut, koridor di luar rumahnya, bahagian depan bangunan dan laluan berbumbung di tingkat bawah disebabkan oleh serpihan-serpihan yang terjatuh.
Pasukan bomba terpaksa memecah masuk bilik tidur Loh yang dikunci dan menemuinya terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedar.
Loh dimasukkan ke hospital kerana terhidu asap dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Dia kemudian dimasukkan ke Institut Kesihatan Mental (IMH) pada 4 Februari 2022 dan ditahan di sana sehingga Julai 2022.
Kes tersebut akan dibicarakan lagi pada bulan depan.
Di mana anda boleh dapatkan bantuan:
Hotline Samaritans of Singapore: 1767
Talian Bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222
Talian Bantuan bagi Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019
Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini.
Jika seseorang yang anda kenali berada dalam keadaan berisiko, sila hubungi khidmat perubatan kecemasan 24 jam.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.