Pesalah seks belia melonjak hampir 50%; penagih belia naik 10% sepanjang 5 tahun lalu
Jumlah pesalah seks dalam kalangan belia yang terlibat dalam kes cabul dan rogol telah meningkat hampir 50 peratus sepanjang lima tahun lalu.
SINGAPURA: Jumlah pesalah seks dalam kalangan belia yang terlibat dalam kes cabul dan rogol telah meningkat hampir 50 peratus sepanjang lima tahun lalu.
Kes penagih belia pula meningkat 10 peratus bagi tempoh yang sama.
Data tersebut cukup membimbangkan walaupun secara keseluruhan, jumlah pesalah belia telah merosot kepada 2,400 tahun lalu, berbanding 4,000 pesalah pada 2010.
Dapatan itu yang dikongsi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu simposium tentang belia berisiko siang tadi (9 Sep).
Bagi meningkatkan usaha menangani remaja bermasalah, pemerintah menggesa agar satu pendekatan yang lebih mendalam diambil.
Ini termasuk intervensi awal bagi keluarga dengan latar belakang yang mencabar serta penyelarasan bantuan kepada keluarga mereka.
Sebagai contoh, inisiatif sedia ada seperti ComLink yang secara aktif mendekati para penghuni flat sewa yang mempunyai anak dan menawarkan mereka dengan sokongan sosial.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.