Pesalah miliki jumlah besar dadah terkawal boleh dipenjara sehingga 30 tahun mulai 1 Jun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNB
SINGAPURA: Pesalah yang didapati memiliki jumlah besar dadah terkawal Kelas A tertentu, seperti ganja dan methamphetamine, akan berdepan hukuman yang lebih berat - termasuk disebat - mulai Khamis (1 Jun).
Demikian menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Hukuman maksimum yang dikenakan sebelum ini bagi kesalahan memiliki sebarang dadah terkawal tanpa mengira beratnya, adalah hukuman penjara 10 tahun, denda sehingga $20,000, atau kedua-duanya sekali.
Kini, pesalah akan disebat berdasarkan jumlah dadah yang dimiliki mereka. Hukuman wajib minimum bagi nilai ambang berat tertentu juga telah ditetapkan, sementara hukuman maksimum kini adalah hukuman penjara 30 tahun serta 15 sebatan rotan.
Pindaan kepada perundangan utama dadah Singapura, iaitu Akta Penyalagunaan Dadah, diluluskan di Parlimen pada Mac lalu.
Lapan dadah terkawal yang terangkum di bawah hukuman itu ialah ganja, campuran ganja, resin ganja, kokain, diamorphine (heroin asli), methamphetamine, morfin dan candu.
Misalnya, mereka yang memiliki kurang daripada 10 gram diamorphine boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau didenda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang sabit kesalahan memiliki sekurang-kurangnya 10 gram atau kurang daripada 15 gram diamorphine akan berdepan hukuman minimum penjara 10 tahun dan lima sebatan rotan. Hukuman maksimum pula dinaikkan seganda.
Mereka yang memiliki lebih daripada 15 gram akan menerima sekurang-kurangnya hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan rotan. Hukuman maksimumnya adalah hukuman penjara selama 30 tahun dan 15 sebatan rotan.
MHA sebelum ini menyatakan bahawa rangka kerja penjatuhan hukuman sebelum ini bagi pemilikan dadah tidak mencukupi dalam mengambil kira kemungkinan bahaya yang tercetus disebabkan mereka yang memiliki jumlah besar dadah.
Lapan dadah tersebut dipilih kerana ia "menyebabkan bahaya yang paling serius", tambah kementerian tersebut.
MHA turut menarik perhatian bahawa sejak kebelakangan ini, Biro Narkotik Pusat (CNB) mendapati bahawa sindiket sanggup berurusan dalam jumlah lebih besar dadah terkawal bagi setiap urus niaga – satu peralihan yang berhubung kait dengan penyalah guna yang membeli jumlah besar dadah dalam satu-satu urus niaga, berbanding pembelian berkali-kali dalam jumlah yang kecil.
Pindaan lain yang juga dibuat kepada Akta Penyalahgunaan Dadah yang akan berkuat kuasa pada Khamis termasuk keupayaan pengarah CNB untuk memanggil semula mana-mana bekas penyalah guna dadah supaya melaporkan diri bagi ujian air kencing sepanjang hayatnya, bagi memastikan mereka bukan lagi penagih dadah.
Pengarah CNB itu kini mempunyai bidang kuasa untuk memanggil semula pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang sabit kesalahan kerana mengambil dadah di bawah Akta SAF dan mengarahkan mereka untuk melakukan ujian air kencing.
Pegawai CNB juga kini boleh melakukan rampasan berdasarkan syak wasangka yang munasabah, sekali gus menyelaraskan kuasa tersebut dengan yang diperuntukkan di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Undang-undang baru yang juga diluluskan pada Mac lalu untuk menangani bahan psikoaktif dengan lebih baik lagi, yang memberi kesan yang sama atau serupa dengan dadah terkawal, akan berkuat kuasa pada pertengahan pertama 2024.
Butiran lanjut akan diumumkan kelak, menurut MHA.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.