Pesalah dadah jalani pemulihan di rumah peralihan kurang berkemungkinan jadi pesalah bentan selepas dibebaskan
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan rumah peralihan The Helping Hand.
SINGAPURA: Data baharu Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) menunjukkan bahawa pesalah dadah yang menjalani program rumah peralihan kurang berkemungkinan kembali melakukan kesalahan selepas mereka dibebaskan.
Antara kohort terbaharu yang dibebaskan pada 2022, 23.5 peratus kembali melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun - lebih rendah berbanding hampir 30 peratus yang tidak menjalani program itu dan kembali ke penyalahgunaan dadah, menurut agensi pemerintah itu.
Menurut SPS, rumah peralihan membantu menjauhkan pesalah daripada dadah, mendapatkan mereka peluang bekerja dan membantu mereka mendapatkan tempat tinggal.
Sekitar 60 peratus penghuni rumah peralihan mendapat pekerjaan, latihan kejuruan atau pendidikan sepanjang tempoh penginapan mereka dan 98 peratus dapat mencari penginapan sebelum mereka dibebaskan, dedah SPS.
DIBANTU OLEH RUMAH PERALIHAN
Di The Helping Hand, bekas penghuni rumah peralihan itu, Encik Chan Ah Chin, yang menamatkan pengajian tahun lalu, menyumbang semula kepada rumah peralihan tersebut, yang telah mengubah kehidupannya.
Lelaki berusia 59 tahun itu berkata program itu jauh lebih baik daripada bentuk pemulihan lain selepas beberapa kali dihukum penjara kerana ia menyokongnya dalam usaha mengambil kursus baharu.
"Tidak lagi kembali ke zaman dahulu mengambil dadah. Semua kakitangan, agak baik (kepada) saya. Ada yang mengajar (saya) cara melakukan sesuatu, cara menghormati orang," katanya sambil menambah bahawa ibunya yang berusia 96 tahun sangat gembira dengan pemulihannya.

Dia kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di kemudahan itu dan berharap dapat menunjukkan contoh yang baik kepada penghuni seperti Jack yang berusia 48 tahun - bukan nama sebenar - berintegrasi semula dalam masyarakat.
Jack, yang sedang menjalani pemulihan keempat dan bergelut selama 20 tahun dengan dadah, memberitahu Mediacorp bahawa dia tidak mahu mengecewakan keluarganya lagi.
"Ibu bapa saya semakin tua. Saya benar-benar ingin meluangkan masa saya dengan mereka ... kerana mereka sentiasa menyokong saya," katanya.
Ini adalah kali pertama Jack menghuni sebuah rumah peralihan. Dia berharap program itu, yang katanya telah mengajarnya kemahiran hidup, akan membantunya mencari kerjaya yang stabil dalam bidang makanan dan minuman (F&B) apabila dia menamatkan hukumannya.
Seperti Jack, Aaron - juga bukan nama sebenar - yang menghuni rumah peralihan HCSA Highpoint, berharap program itu akan membantu memulihkannya selepas dipenjarakan tujuh kali.
Lelaki berusia 55 tahun itu menghargai dedikasi kakitangan rumah peralihan itu dalam menggalakkannya membuka lembaran baharu.
Menurut Aaron, sokongan mereka tidak pernah goyah walaupun selepas dibebaskan pada Januari tahun lalu setelah dia disyaki memiliki dan mengambil dadah."

Aaron kembali ke HCSA Highpoint empat bulan kemudian selepas mendapatkan rawatan detoksifikasi di Perkhidmatan Pengurusan Ketagihan Nasional.
Klinik itu, yang ditubuhkan di Institut Kesihatan Mental (IMH) dengan sokongan Kementerian Kesihatan (MOH), menyediakan rawatan untuk menangani ketagihan.
"(Jika) saya kembali kepada dadah, saya akan kehilangan banyak perkara - keluarga saya, orang tersayang saya. Saya benci dadah ini. Terus terang saya katakan, saya benar-benar muak dan bosan dengan kehidupan ini," katanya kepada Mediacorp.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.