Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesalah berulang ini masih belum serik; tunjuk kemaluannya di perhentian bas luar sekolah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lelaki yang berulang kali menunjukkan kemaluannya dan didapati bersalah atas jenayahnya itu hampir setiap tahun sejak 2007 melakukan kesalahan tersebut sekali lagi.

Kali ini dia berbuat demikian di perhentian-perhentian bas yang terletak berdekatan dengan sekolah. 

Budiman Shah Mohd Noorel Azman, 38 tahun, menunjukkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, seorang pelajar berusia 16 tahun dan seorang wanita berumur 29 tahun. 

Dia mengaku bersalah pada Rabu (14 Dis) atas dua tuduhan melakukan kesalahan tersebut dan satu lagi tuduhan bagi perbuatan lucah. Tuduhan keempat akan dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman. 

Mahkamah diberitahu bahawa Budiman pergi ke perhentian bas di Bukit Batok West pada 31 Januari 2022. Ketika itu, dia dibebaskan atas kesalahannya.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun berada di perhentian bas tersebut ketika itu. Dia ternampak Budiman berdiri di kawasan berumput berdekatan perhentian bas tersebut. 

Budiman menunjukkan kemaluannya kepada kanak-kanak perempuan itu sebelum kanak-kanak itu menaiki bas. Kanak-kanak itu memberitahu bapanya mengenai insiden berkenaan pada lewat hari itu dan beliau kemudian membuat aduan polis. 

Pada 30 Mei, Budiman turun bas di perhentian bas di Bukit Batok West Avenue 3. 

Dia menyeberangi jalan dan menuju ke satu lagi perhentian bas di luar sebuah sekolah. Di perhentian bas itu, dia terlihat seorang wanita berusia 29 tahun sedang duduk sendirian di situ. 

Budiman kemudian menurunkan seluarnya dengan niat untuk menunjukkan kemaluannya kepada wanita tersebut. 

Pada 11 Oktober 2022, Budiman menyasar seorang pelajar berusia 16 tahun di sebuah perhentian bas bertentangan dengan sebuah sekolah menengah. 

Apabila Budiman menanggalkan pakaiannya, pelajar itu melihatnya, tetapi tidak menghiraukan perbuatannya itu. 

Pelajar itu kemudian memberitahu ibunya tentang insiden tersebut sebelum membuat aduan polis. 

Budiman ditahan reman lewat bulan itu. 

Hakim meminta laporan kesesuaian mandatori dan menangguhkan kesnya sehingga 27 Disember. 

Buat sementara waktu, Budiman akan direman untuk dipantau keadaannya di Institut Kesihatan Mental (IMH) supaya pakar psikiatri boleh menyiapkan laporan tersebut.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan