Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesalah bentan belasah anak lelaki 7 tahun; tolak wanita ke laluan bas sedang bergerak

Anggaran Waktu Membaca:
Pesalah bentan belasah anak lelaki 7 tahun; tolak wanita ke laluan bas sedang bergerak

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

SINGAPURA: Hanya sebulan selepas dia menghancurkan dua cermin tingkap jirannya dengan buku limanya, seorang lelaki tergamak memukul anaknya gara-gara kerja rumah sehingga menyebabkan gigi hadapan budak lelaki berusia tujuh tahun itu patah.

Ini tidak menghalang lelaki itu daripada melakukan lebih banyak kesalahan, dengan sebahagian daripadanya dalam keadaan mabuk.

Dia turut membuang pasu bunga tanah liat dari tingkat tiga sebuah blok sebelum merempuh seorang pejalan kaki wanita ketika menunggang basikal elektriknya di kaki lima beberapa bulan kemudian.

Apabila berlaku pertengkaran dengan pejalan kaki itu, dia menolak rakan pejalan kaki tersebut ke laluan bas yang sedang bergerak. Mujur, pemandu itu sempat berhenti dan mengelak daripada berlaku perlanggaran.

Pada Khamis (24 Mac), lelaki berusia 29 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama 32 minggu.

Dia mengaku bersalah di mahkamah atas dua tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru dan setiap satu tuduhan melanggar Perintah Perlindungan Peribadi (PPO), melakukan perbuatan nakal dan menyebabkan kecederaan dengan sengaja pada budak berusia bawah 14 tahun.

Tiga lagi tuduhan serupa turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja pada mangsa yang berusia bawah 14 tahun, dia boleh dihukum penjara sehingga enam tahun atau didenda sehingga S$10,000, atau kedua-dua hukuman itu.

Atas kesalahan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan nyawa atau keselamatan manusia, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan