Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit varian Omicron boleh jalani pemulihan di rumah; tidak lagi perlu dikuarantin

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Dec 2021 09:20PM Dikemas Kini : 27 Dec 2021 09:28PM

SINGAPURA: Para pesakit COVID-19 varian Omicron di sini tidak lagi perlu dikuarantin dan boleh menjalani proses pemulihan di rumah mulai hari ini (27 Dis). 

Kontak rapat mereka juga tidak lagi perlu mengasingkan diri tetapi mereka akan menerima amaran risiko kesihatan selama tujuh hari.

Semasa tempoh itu, mereka boleh keluar rumah jika hasil ujian COVID-19 mereka negatif.

Sejajar dengan perubahan tersebut, para pesakit varian Omicron yang sedang menjalani kuarantin akan dibenarkan pulang ke rumah sepanjang beberapa hari akan datang.

Sejauh ini, Singapura mempunyai dua kelompak Omicron tempatan, iaitu di sebuah gimnasium dan bar.

Secara keseluruhan, sebanyak 650 kes Omicron dikesan di sini, 134 daripadanya jangkitan dalam masyarakat.

Pihak berkuasa menyatakan tiada pesakit itu yang dirawat di ICU atau memerlukan bantuan oksigen.

Data terkini menunjukkan para pesakit varian Omicron yang sudah lengkap divaksin kurang berisiko mengalami sakit teruk atau perlu dimasukkan ke hospital.

Di bawah protokol kesihatan sedia ada, mereka yang dijangkiti virus varian Omicron dan jatuh sakit boleh pulang ke rumah atau dihantar ke tempat rawatan bergantung kepada keadaan mereka.

Mereka yang sihat boleh keluar rumah jika mereka diuji negatif pada hari ketiga dan seterusnya.

Sementara itu, Singapura telah menarik balik larangan masuk ke negara ini bagi mereka yang tiba dari 10 negara Afrika termasuk Afrika Selatan.

Keputusan itu dibuat kerana varian Omicron sudah menular ke merata dunia.

Namun, mereka yang berkenaan masih perlu mematuhi langkah-langkah tertentu seperti menjalani ujian dan kuarantin COVID-19.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan