Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit NHCS akan terima jagaan paliatif dari waktu mereka masuk hospital

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Jan 2025 07:35PM Dikemas Kini : 21 Jan 2025 07:04PM
SINGAPURA: Para pesakit dengan masalah kegagalan jantung akan menerima jagaan paliatif dari waktu mereka dimasukkan ke Pusat Jantung Negara Singapura (NHCS) dan bukannya pada hujung hayat mereka.

Program 'Heartlanders' baharu menyasarkan untuk meningkatkan mutu kehidupan pesakit dan mengurangkan keperluan mereka dimasukkan semula ke hospital.

Lebih 9,000 pesakit, atau sekitar tiga peratus daripada pesakit yang mengalami kegagalan jantung di Singapura, dijangka meraih manfaat daripada program itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Para pesakit akan menjalani pemeriksaan sewaktu tempoh mereka dirawat di hospital, dengan para penyelaras program menguruskan keperluan klinikal dan psikososial mereka.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah, para penyelaras akan terus memantau keadaan pesakit dan menghubungkan mereka kepada program-program kesejahteraan dan sosial yang sesuai.

Program 'Heartlanders' itu juga bekerjasama dengan kira-kira 200 doktor keluarga (GP) untuk menyokong para pesakit dengan masalah kegagalan jantung yang hidup dalam masyarakat.

Program itu menerima pembiayaan S$6.5 juta dari badan dermawan Lien Foundation, di mana sebahagian besar daripadanya akan disalurkan kepada latihan jagaan paliatif.

Perunding, Jabatan Kardiologi NHCS, Dr Kenneth Chew berkata: "Wawasan kami untuk (program) ini adalah setiap pakar jantung yang merawat pesakit akan memikirkan tentang keperluan jagaan paliatif mereka, terutama jika mereka menghidapi penyakit serius.

"Rawatan penyakit kegagalan jantung, saya rasa benar-benar akan berubah dari segi, kami sangat teruja untuk menawarkan lebih banyak sokongan masyarakat apabila pesakit dibenarkan pulang dari hospital.

"Perjalanan mereka tidak terhenti pada hari mereka keluar dari hospital."
 
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan