Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit lebih muda minta diberi antibiotik meski tidak dinasihatkan oleh doktor

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2023 06:48PM Dikemas Kini : 19 May 2023 09:35PM
SINGAPURA: Satu kajian baru mendapati para pesakit lebih muda menuntut diberikan ubat antibiotik meskipun ia tidak dinasihatkan oleh doktor keluarga mereka.

Ia juga mendapati sekitar 12 peratus antibiotik yang digunakan, diberikan tanpa sebarang diagnosis jangkitan.

Para doktor mengatakan salah guna sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu lali kepada antibiotik selain perlu diberikan dos lebih tinggi.

Ada sebilangan pesakit ingin pulih dengan cepat sehingga sanggup mendapatkan ubat lebih kuat seperti antibiotik.

Namun jika terlebih bergantung dan salah guna ubat sedemikian, ia akan membawa kesan serius seperti memanjangkan lagi tempoh gejala penyakit mereka.

Para doktor keluarga dari Poliklinik Universiti Nasional (NUP) baru saja menamatkan kajian pertama Singapura berhubung jagaan asas.

Ia melibatkan lebih tiga juta konsultasi pesakit di tujuh poliklinik tempatan dari 2018 hingga 2021.

Para doktor mendapati para pesakit muda antara 21 hingga 44 tahun kurang tahu tentang penggunaan antibiotik.

Ini menyebabkan sebilangan pesakit meminta ubat tertentu walaupun keadaan mereka tidak memerlukannya.

Salah guna antibiotik juga ada kesan lebih luas seperti menjejas daya tahan terhadap ubat itu.

Sedang Singapura menuju ke arah pelan pencegahan kesihatan, peranan doktor keluarga menjadi lebih penting.

Selain mendidik pesakit, para doktor GP juga perlu memberikan perubatan yang sesuai.

NUP menyatakan pihaknya akan membangunkan garis panduan sendiri mengenai preskripsi antibiotik.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan