Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat penyakit jantung; kematian ke-7 seumpamanya di S'pura

Seorang lelaki 44 tahun yang meninggal dunia awal minggu ini akibat penyakit jantung dijangkiti COVID-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (11 Jun). Ini adalah kes ke-7 seorang pesakit virus korona yang meninggal dunia akibat isu-isu selain COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat penyakit jantung; kematian ke-7 seumpamanya di S'pura

(Gambar: Ihsan National Institutes of Health/AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2020 08:34AM Dikemas Kini : 12 Jun 2020 08:43AM

SINGAPURA: Seorang lelaki 44 tahun yang meninggal dunia awal minggu ini akibat penyakit jantung dijangkiti COVID-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (11 Jun).

Ini adalah kes ke-7 seorang pesakit virus korona yang meninggal dunia akibat isu-isu selain COVID-19.

Warga India itu yang dikenalpasti sebagai Kes 39327. Beliau mengalami sakit dada dan epigastrik pada 28 Mei dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik pengamal perubatan umum, kata MOH dalam kenyataan media.

Pada Isnin, beliau didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya dan dibawa ke unit kecemasan Hospital Besar Singapura.

Beliau disahkan mempunyai jangkitan COVID-19 pada Rabu, dua hari selepas kematiannya, yang menurut MOH berpunca dari penyakit jantung iskemia.

Lelaki itu adalah kes ke-7 pesakit COVID-19 yang kematiannya tidak diambil kira dalam perangkaan rasmi kerana mereka meninggal dunia akibat isu-isu bukan virus korona.

Pada Mei, empat pesakit COVID-19 meninggal dunia kerana mengalami darah beku dan isu-isu berkaitan jantung, dengan dua lagi kematian pada April.

Dalam beberapa kes, para pesakit hanya disahkan dijangkiti COVID-19 selepas kematian mereka.

"Hanya kes-kes yang dikatakan oleh doktor atau ahli patalogi yang merawatnya berpunca daripada jangkitan COVID-19 sebagai penyebab utama atau penyebab dasar kematian, akan diambil kira dalam perangkaan korban COVID-19," kata MOH.

"Ini sejajar dengan amalan antarabangsa bagi klasifikasi kematian."

Negara-negara lain melaporkan risiko meningkat darah beku dan penyakit jantung dalam pesakit-pesakit COVID-19.

Namun Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam jawapan bertulis kepada Parlimen minggu lalu berkata bahawa pihak berkuasa tidak boleh menyatakan "secara muktamad" ini adalah perkara yang berlaku di Singapura, memandangkan hanya satu daripada 1,000 pesakit COVID-19 di sini mengalami "isu kardiiovaskular seperti serangan jantung dan darah beku".

Sungguhpun begitu, beliau berkata MOH telah mengeluarkan garis panduan kepada semua doktor bulan lalu untuk mengawasi gejala-gejala kardiovaskular dalam pesakit virus korona dan juga untuk menyediakan bimbingan dalam menilai dan menguruskan pesakit-pesakit sedemikian. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan