Skip to main content

Singapura

Pesakit CHAS akan dihadkan kepada 24 tuntutan setiap tahun bagi penyakit biasa

Mulai tahun depan, para pesakit di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) akan dihadkan kepada sebanyak 24 lawatan maksimum ke klinik setiap tahun bagi merawat penyakit-penyakit biasa seperti demam selesema.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit CHAS akan dihadkan kepada 24 tuntutan setiap tahun bagi penyakit biasa

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 30 Apr 2019 09:59PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 10:02PM

SINGAPURA: Mulai tahun depan, para pesakit di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) akan dihadkan kepada sebanyak 24 lawatan maksimum ke klinik setiap tahun bagi merawat penyakit-penyakit biasa seperti demam selesema.

Demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (30 Apr), dalam satu langkah bagi mempertingkatkan kemampanan skim tersebut, yang membolehkan rakyat Singapura daripada keluarga berpendapatan rendah dan golongan pertengahan untuk mendapatkan subsidi bagi rawatan perubatan dan pergigian di klinik-klinik yang menyokong skim berkenaan.

Buat masa ini, tiada sebarang had dikenakan terhadap jumlah tuntutan yang boleh dibuat oleh seseorang pesakit bagi penyakit-penyakit akut. Ini meskipun seseorang pesakit dihadkan kepada empat tuntutan setiap klinik pada setiap bulan.

Had baru ini tidak mungkin akan menjejas kebanyakan pesakit CHAS kerana 99.5 peratus daripada mereka melakukan kurang daripada 24 lawatan ke klinik setiap tahun, menurut MOH. Ia turut menambah bahawa langkah itu mungkin tidak menggalak para pesakit untuk bertukar-tukar klinik.

Para pesakit yang perlu melakukan lebih daripada 24 lawatan setiap tahun, boleh membuat rayuan menerusi klinik-klinik CHAS, menurut MOH.

Selain itu, terdapat juga perubahan pada perlindungan rawatan pergigian di bawah CHAS.

Had tuntutan bagi tampalan gigi akan ditetapkan pada S$30 bagi prosedur-prosedur mudah, dan S$50 bagi yang rumit untuk para pemegang kad biru CHAS, iaitu bagi keluarga dengan pendapatan bulanan sebanyak S$1,100 setiap seorang.

Bagi Generasi Perintis pula, subsidi-subsidinya adalah tambahan S$10 bagi setiap kategori. Perubahan-perubahan itu akan dikuatkuasakan pada 1 Nov.

Selain itu, MOH menyatakan bahawa Generasi Merdeka akan menerima subsidi pergigian yang lebih tinggi berbanding para pemegang kad biru CHAS untuk khidmat-khidmat seperti rawatan saluran akar gigi, membersihkan celah-celah gigi dan pembaikan gigi palsu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita