Pesakit barah terjejas perubahan perlindungan insurans akan dibantu dapat rawatan
Senarai Ubat Barah yang baru diterbitkan MOH 1 Sep, menghadkan penggunaan MediShield Hayat dan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu bagi ubat-ubatan yang dianggap berpatutan, selamat dan berkesan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah-langkah sudah diambil untuk membantu pesakit barah yang dirawat menggunakan ubat-ubatan yang bukan dalam Senarai Ubat Barah (CDL) Kementerian Kesihatan (MOH).
Senarai baru itu diterbitkan pada Khamis (1 Sep) dan ia menghadkan penggunaan MediShield Hayat dan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu bagi ubat-ubatan yang dianggap berpatutan, selamat dan berkesan.
Berucap di sebuah acara Persatuan Barah Singapura pada Jumaat malam (2 Sep), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata lebih 90 peratus ubat yang diluluskan di Singapura sudah ada dalam senarai itu.
Beliau menjangkakan lebih banyak lagi akan masuk senarai tersebut dalam tempoh beberapa bulan dan tahun akan datang.
Namun, buat masa ini, MOH akan membantu mereka yang terjejas dengan perubahan tersebut.
Syarikat insurans yang menawarkan Pelan Perlindungan Insurans (IP) Bersepadu juga akan memberi perlindungan bagi ubat-ubat yang tidak berada dalam senarai itu.
Encik Ong berkata: "Bagi pesakit yang memulakan rawatan yang bukan dalam CDL sebelum 1 September 2022, kami akan menyediakan sokongan tambahan kepada mereka, untuk menyelesaikan rawatan, dengan tiada kesan atau kesan minimum kepada pembiayaan yang harus dikeluarkan sendiri selepas menggunakan MediSave dan tuntutan MediShield Hayat.
"Jika pesakit ini mempunyai IP, syarikat insuransnya komited untuk meneruskan perlindungan IP mereka sehingga sekurang-kurangnya September 2023."

Sumber : CNA/IA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.