Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pesakit barah kulit, ekzema boleh didiagnosis dengan lebih cepat & tepat dengan teknologi 3D

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit barah kulit, ekzema boleh didiagnosis dengan lebih cepat & tepat dengan teknologi 3D

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 16 Jul 2024 07:49PM Dikemas Kini : 16 Jul 2024 08:48PM
SINGAPURA: Pesakit dengan barah kulit dan ekzema boleh didiagnosis dengan lebih cepat dan tepat lagi, dengan teknologi pengimejan kulit 3D yang canggih.

Ini antara inovasi yang sedang diusahakan Institut Penyelidikan Kulit Singapura (SRIS), demi meningkatkan kesihatan kulit dan memudahkan pemulihan.

Teknologi pengimejan kulit 3D itu memberi gambaran lebih terperinci dan lebih menjimatkan kos.

Lebih 2,000 pesakit meraih manfaatnya dari 2015 hingga 2022.

SRIS turut memaparkan teknologi-teknologi lain di acara tersebut.

Antaranya, penampal pencegah parut yang pertama di dunia yang dilancarkan tahun lepas.

Ia berfungsi mengurangkan pembentukan parut selepas pembedahan.

Menteri Negara Kanan Low Yen Ling berkata teknologi sebegini penting, memandangkan lebih dua bilion orang di seluruh dunia menghidap penyakit kulit.

"Singapura berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui penyelidikan kulit yang khusus untuk orang Asia kerana penduduknya yang berbilang kaum, dan mewakili kumpulan-kumpulan etnik utama Asia

"Kepelbagaian ini memberi peluang berharga kepada SRIS untuk menjadi peneraju dalam penyelidikan keadaan kulit yang lazim dalam penduduk Asia, yang kurang didalami dalam kajian dermatologi global," jelas Cik Low.

"Untuk tahap seterusnya, bidang kritikal yang SRIS mesti perkukuh lagi ialah kerjasama industri lebih mendalam untuk mempercepat usaha mengubah penyelidikan agar menjadi huraian komersil yang berdaya maju," tambahnya.
Sumber : CNA/SM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan