Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perwakilan tempatan dan luar negara dalami usaha masyarakat Muslim S'pura dalam Program Pembelajaran Eksekutif

Seramai 90 perwakilan menjalani Program Pembelajaran Eksekutif (ESP) sebagai usaha pendampingan untuk acara Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 90 perwakilan menjalani Program Pembelajaran Eksekutif (ESP) sebagai usaha pendampingan untuk acara Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini (9 Sep).

Semasa program tersebut, para peserta dapat memahami beberapa inisiatif masyarakat serta usaha-usaha memperkukuh hubungan masyarakat di negara ini. 

Secara keseluruhannya, enam lokasi dikenal pasti bagi program itu. 

Tempat-tempat yang dikunjungi termasuk Masjid Yusof Ishak, Masjid An-Nur, Masjid An-Nahdhah, Akademi MUIS, Wisma MENDAKI dan Hab Tampines Kita. 

AMBIL ILHAM DARIPADA USAHA MASYARAKAT MUSLIM S'PURA

Kesemua 90 peserta itu dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan dibawa ke dua lokasi. 

Di setiap lokasi, para perwakilan dapat mendalami inisiatif ataupun badan-badan masyarakat di situ. 

Misalnya, para perwakilan dapat mendengar perkongsian mengenai Projek ARIF dan program Bersamamu di Masjid An-Nur manakala di Masjid An-Nahdhah pula, mereka dapat mendalami tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh Pusat Harmoni. 

Di Masjid Yusof Ishak pula, mereka diberi taklimat mengenai usaha-usaha yang dijalankan Yayasan Rahmatan Lil Alamin.

''

Salah seorang daripada mereka yang menyertai kunjungan ke masjid di Woodlands itu pagi tadi (9 Sep) adalah Naib Pengetua Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, Cik Sri Sukastri Md Hanapi. 

''

Beliau berkata: "Persidangan ini bukan sahaja untuk orang tempatan tetapi juga perwakilan dari luar negara. Selain daripada pelajari daripada orang tempatan, kita juga pelajari mengenai cabaran yang perwakilan luar negara menghadapi. Jadi saya rasa ia relevan khususnya untuk isu-isu global."

Menerusi perkongsian RLAF pula, Cik Sri mendapati ia bermanfaat untuk menjana idea-idea baru bagi para pelajarnya. 

"Saya rasa dengan pengalaman ini, terutama sekali tentang pengalaman sukarelawan kepada belia-belia, saya rasa ia baik untuk saya bawa maklumat kepada sekolah saya dan berkongsi kepada para pelajar saya," kata beliau.

Antara perwakilan dari luar negara yang menyertai kunjungan ke Masjid Yusof Ishak itu adalah Encik Mustafa Field dari United Kingdom.  

''

Pengarah bagi badan 'Faiths Forum For London' itu berkata: "Ia sangat mengagumkan melihat usaha-usaha RLAF yang menyediakan sokongan  kemanusiaan. Bermula dengan masyarakat mereka sendiri, mereka juga meluaskan jangkauan kepada masyarakat lain." 

"Ia sesuatu yang boleh saya pelajari, dan melihat bagaimana saya boleh menggalakkan lebih banyak pemahaman untuk kita di United Kingdom dan bagaimana kita boleh memulakan lebih banyak usaha sukarelawan yang diilhamkan dari agama." 

Menerusi persidangan ICCOS pula, Encik Mustafa berharap beliau akan dapat meraih beberapa pengetahuan baru. 

"Saya ingin mempelajari bagaimana kita boleh meningkatkan kecekapan kita dalam identiti iman dan bangsa kita, dan pada masa yang sama, mengembangkan nilai tentang kewujudan bersama. Ia penting kerana kita perlu pelajari untuk hidup bersama dan saya rasa itulah yang masyarakat Singapura sedang pelajari untuk memperkayakan pengalaman itu. Jika ia boleh dilaksanakan di seluruh dunia, ia akan menjadi sangat hebat," kata Encik Mustafa. 

''

Majlis pelancaran rasmi ICCOS akan berlangsung pada petang ini (9 Sep). 

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan