Perwakilan kaum wanita dalam lembaga pengarah 100 syarikat terunggul SG meningkat kepada 22.7%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kelebihan berdaya saing sesebuah syarikat mungkin tergugat sekiranya lembaga pengarahnya tidak dibentuk oleh kedua-dua kaum wanita dan lelaki.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob.
Beliau berkata sedemikian sedang perwakilan kaum wanita dalam lembaga pengarah 100 syarikat terunggul di Singapura meningkat kepada 22.7 peratus.
Jumlah itu hampir menepati sasaran yang ditetapkan Majlis Kepelbagaian Lembaga (CBD) iaitu 25 peratus menjelang 2025.
Namun, 13 daripada syarikat-syarikat tersenarai itu mempunyai lembaga pengarah yang langsung tidak dianggotai kaum wanita.
"Kami bukan mahukan jalan keluar yang mudah. Kami inginkan situasi di mana anda melihat apakah syarat-syarat lembaga atau syarikat ini? Apakah pengalaman, kemahiran, keupayaan yang diperlukan?
"Dan kemudian melihat sama ada terdapat wanita dan bukan sahaja lelaki yang boleh melakukan tugas tersebut. Lantaran itu, maksud saya, kepelbagaian dan meritokrasi tidak bertentangan," kata Puan Halimah.
Beliau berkata sedemikian sewaktu perbincangan santai sempena sambutan ulang tahun kelima majlis itersebut pada Khamis (31 Ogos).
Ia juga menandakan permulaan satu program pendampingan baharu untuk menggalakkan kepelbagaian dalam lembaga syarikat.
Sekitar 160 pengerusi lembaga dan pengarah lembaga wanita menghadiri sesi itu.
Sementara itu, Majlis Kepelbagaian Lembaga juga merancang menganjurkan satu Sidang Puncak Kepelbagaian lewat tahun depan.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.