Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perusahaan sosial Hatch buka peluang kepada wanita berisiko timba kemahiran digital

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2022 05:54PM Dikemas Kini : 28 Jul 2022 09:28PM
SINGAPURA: Golongan wanita daripada latar belakang berisiko kini mempunyai lebih banyak peluang untuk menceburi kerjaya dalam rekaan digital.

Perusahaan sosial Hatch sudahpun melengkapkan kohort wanitanya dengan kemahiran digital menerusi projek Dana Digital Sepanjang Hayat.

Usaha itu ditumpukan kepada belia yang tidak bersekolah dan mereka daripada latar belakang berisiko, yang biasanya tidak akan menimbangkan kerjaya dalam bidang digital.

Kesemua wanita muda itu dibimbing dan dilatih dengan kemahiran teknikal yang terbaik.

Program itu dijalankan menerusi tiga peringkat, dengan yang terakhir melibatkan kerjasama antara Hatch dengan badan amal Beautiful People.

Di bawah program tersebut, para pembimbing memberi nasihat kepada para peserta tentang laluan kerjaya dalam bidang digital.

Projek-projek yang dihasilkan oleh mereka adalah sebahagian daripada pameran yang dikunjungi oleh Presiden Halimah Yacob, serta rakan-rakan kerja Hatch daripada sektor awam dan swasta.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan