Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perusahaan SG akan main peranan lebih besar pacu SkillsFuture seterusnya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Nov 2024 06:59PM Dikemas Kini : 04 Nov 2024 10:57PM
SINGAPURA: Fasa seterusnya bagi skim pembelajaran sepanjang hayat Singapura akan menyaksikan pihak perusahaan memainkan peranan lebih besar dan selaku peneraju dalam kemahiran yang dikenal pasti sebagai bakal meraih permintaan.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata ia agar negara boleh mempunyai sebuah ekosistem kemahiran dan pekerjaan bersepadu.

Encik Chan berucap demikian di sebuah majlis penyampaian Anugerah SkillsFuture Singapore pada Isnin (4 Nov).

35 individu dan majikan menerima anugerah daripada Presiden Tharman Shanmugaratnam atas komitmen mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Sekitar 500,000 pekerja menghadiri program latihan setiap tahun.

Setakat tahun lalu, 23,000 syarikat menghantar pekerja mereka untuk menjalani latihan.

Ini lonjakan 15 peratus berbanding 2022.

Untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan penguasaan kemahiran, Encik Chan berkata firma-firma perlu memberi ganjaran kepada pekerja melebihi kelayakan akademik mereka.

Beliau berkata majikan juga mesti mengiktiraf pekerja atas kemahiran dan kecekapan yang ditonjolkan mereka.

"Hakikatnya adalah di tengah-tengah perubahan teknologi yang pesat dan menyingkatkan separuh hayat kemahiran, tiada peruntukan dalam sistem pendidikan kita yang mencukupi untuk menyediakan rakyat kita hadapi kehidupan," kata Encik Chan.

"Ada orang mungkin perlu memperolehi kelayakan pendidikan lebih tinggi pada peringkat hidup seterusnya; sesetengah pula akan mendapati peningkatan kecil kemahiran lebih relevan kepada keperluan mereka," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan