Peruncit tenaga elektrik tidak bersedia hadapi kegenjotan Pasaran Elektrik Terbuka: MTI
Sebahagian peruncit tenaga elektrik tidak cukup siap untuk mengharungi kegenjotan yang berlaku dalam Pasaran Elektrik Terbuka (OEM).
(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Sebahagian peruncit tenaga elektrik tidak cukup siap untuk mengharungi kegenjotan yang berlaku dalam Pasaran Elektrik Terbuka (OEM).
Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Dr Tan See Leng berkata syarat untuk mendapatkan lesen sebagai pembekal OEM tidak cukup ketat.
Lima peruncit elektrik keluar daripada pasaran sekali gus menjejas sekitar 140,000 isi rumah dan 11,000 perniagaan.
Namun, Dr Tan memberi jaminan peralihan yang licin kepada syarikat pembekal lain.
Pemerintah turut menyediakan bantuan khusus bagi melindungi para pelanggan daripada harga elektrik yang terus meningkat.
Isi rumah yang layak akan terus diberi rebat U-Save bagi membantu menampung membayar bil elektrik.
Namun, memandangkan Singapura mengimport bekalan tenaganya, ia tidak terkecuali daripada mengalami kesan perubahan pasaran tenaga sejagat.
Bagaimanapun, Dr Tan berkata Singapura akan terus mempelbagaikan sumber tenaganya dan meneroka alternatif rendah karbon seperti hidrogen dan tenaga geoterma.
"Walaupun kebanyakan pengguna tidak akan melihat bil elektrik mereka naik serta-merta, bakal ada kenaikan tahun depan, sesuai harga bekalan tenaga sejagat yang meningkat.
"Komitmen kami kepada Dewan ini adalah kami akan mendapatkan bekalan tenaga. Kami akan bantu pengguna yang terjejas untuk mengharungi kesan kegenjotannya dan kami akan memastikan sektor bekalan tenaga kita terus dipertingkat," kata Dr Tan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.