Peruncit telefon bimbit dikenakan jumlah rekod denda S$48,000 gara-gara salah guna data pelanggan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu-satunya pemilik sebuah kedai telefon bimbit dikenakan jumlah rekod denda sebanyak S$48,000 kerana menggunakan data peribadi pelanggan untuk mendaftar kad SIM prabayar secara haram tanpa pengetahuan atau izin mereka.
Koh Wei Ming @ Muhammad Amin Koh, yang mengendalikan kedai Mobile Chat, kemudian menjual kad SIM kepada para pembeli yang tidak didedahkan identiti mereka.
Menurut Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC), siasatan mendapati Koh melakukan kesalahan itu sepanjang tempoh empat tahun dengan lebih 1,000 kad SIM terjual.
Menurut pesuruhjaya itu, denda S$48,000 merupakan "denda paling tinggi yang pernah dikenakan bagi kesalahan itu sejauh ini".
Koh sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan September lalu kerana mengubah kandungan sistem komputer syarikat telko M1 Limited tanpa dibenarkan bagi mendaftar kad SIM prabayar.
PDPC menyatakan ini merupakan kes kedua membabitkan salah guna data peribadi individu bagi aktiviti haram.
Kes pertama membabitkan kedai telefon bimbit, Yoshi Mobile, yang turut menjual kad SIM yang digunakan untuk menghantar mesej yang tidak diminta pengguna.
Yoshi Mobila dikenakan denda sebanyak S$21,000.
Dalam kenyataannya itu, PDPC menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap tindakan penyalahgunaan data dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap kesalahan peruncit sedemikian.
Mediacorp sudahpun menghubungi PDPC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Mobile Chat.

Sumber : Today/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.