Peruncit, perniagaan F&B tawarkan promosi mulai 1 Jan sedang GST 8%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang baru sebanyak lapan peratus mula dikuatkuasakan pada Ahad (1 Jan).
Sebagai respons kepada kenaikan itu, sebilangan peruncit sama ada memutuskan untuk menyerapkan kos tersebut atau memperkenalkan pelbagai promosi demi menambat pelanggan.
Walaupun kadar GST kini naik satu peratus kepada lapan peratus, para pelanggan pasar raya Sheng Siong kurang merasakan kesannya.
Sheng Siong menawarkan potongan harga satu peratus ke atas sebahagian besar produk yang dijualnya dalam usaha membantu para pelanggan menghadapi inflasi.
Tempoh pelaksanaan potongan harga itu juga bersempena dengan musim perayaan Tahun Baru Cina.
Pasar raya itu biasanya menyaksikan para pelanggan membeli lebih banyak produk seperti minuman botol dan snek menjelang musim perayaan tersebut.
Pasar raya online seperti Lazada pula memperkenalkan yuran penghantaran tetap iaitu S$1.50 bagi barang yang ditawarkan oleh lebih 10,000 penjual tempatan.
Syarikat khidmat barangan dapurnya, Red Mart, juga memperkenalkan pakej bagi barang keperluan rumah asas, dengan kadar potongan harga sehingga 24 peratus bagi produk seperti beras, minyak dan kopi.
Kedai-kedai Makanan dan Minuman (F&B) turut menerapkan strategi serupa.
Restoran Penang Culture misalnya menawarkan potongan harga sehingga 40 peratus bagi menu khas bagi bulan ini.

Sumber : CNA/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.