Skip to main content

Singapura

Perumahan, gangguan bekalan elektrik di Pusat Pemeriksaan Woodlands akan dibincang di Parlimen

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isu-isu berkaitan perumahan, kenaikan kadar faedah dan gangguan bekalan elektrik di Pusat Pemeriksaan Woodlands akan dibincangkan di Parlimen pada Khamis (20 Okt).

Menurut kertas susunan mesyuarat yang dikeluarkan pada Rabu (17 Okt), empat Rang Undang-Undang pemerintah akan diperkenalkan, termasuk pindaan kepada Kanun Keseksaan dan satu lagi pindaan kepada Perlembagaan Singapura.

Para Anggota Parlimen (MP) mengutarakan lebih 50 soalan mengenai pelbagai topik. Selain dari isu perumahan, kenaikan kadar faedah dan gangguan bekalan elektrik di Pusat Pemeriksaan Woodlands, soalan lain termasuk pakej Generasi Perintis dan Merdeka serta doktor dari negara asing yang berdaftar di Singapura.

ISU PERUMAHAN

Para AP bertanya soalan-soalan mengenai perumahan, termasuk pengumuman langkah meredakan pasaran hartanah yang diumumkan baru-baru ini serta mengurangkan tempoh menunggu bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO).

Beberapa soalan juga dibangkitkan mengenai kesan kenaikan kadar faedah dan bagaimana ia akan menjejas pemilik rumah. AP Gan Thiam Poh (PAP-Ang Mo Kio) bertanya sama ada Pemerintah akan mempertimbangkan untuk membantu mereka yang terjejas dengan kenaikan kadar tersebut.

Para AP juga memfailkan soalan mengenai gangguan bekalan elektrik di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 9 Oktober. Gangguan bekalan elektrik itu menjejas pelepasan imigresen selama beberapa jam pada awal pagi.

Para AP lain juga bertanya mengenai pakej Generasi Perintis dan Merdeka serta jumlah belanjawan yang diperuntukan untuk bagi mereka.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita