Perubatan bersasar bakal dilindungi MediShield Hayat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Today)
SINGAPURA: Terapi ubat bersasar akan dilindungi di bawah MediShield Hayat untuk memastikan rawatan sedemikian boleh dimampaui rakyat Singapura, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Khamis (10 Okt).
Majlis MediShield Hayat mengesyorkan untuk melanjutkan perlindungan MediShield Hayat kepada terapi ubat bersasaryang diluluskan, kata beliau, sambil menambah bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) berhasrat untuk menerima cadangan itu.
"Dengan cara itu, terapi ubat bersasar yang diluluskan atau terapi kos tinggi boleh dimasukkan ke dalam subsidi kami, rangka kerja sokongan MediShield Hayat dan MediSave, dan semua rakyat Singapura boleh mendapat manfaat daripada terapi ini," kata Encik Ong dalam ucapannya di majlis pembukaan Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura 2024.
Cadangan oleh majlis itu akan dikeluarkan minggu depan.
Genomik membolehkan ubat bersasar digunakan dengan menyesuaikan rawatan perubatan kepada mutu genetik individu, sekali gus meningkatkan peluang untuk merawat penyakit serius atau memanjangkan hayat.
Namun, ia juga boleh menjadi "sangat mahal" dan menelan kos ratusan ribu dolar setiap rawatan, kata Encik Ong, menyifatkannya sebagai "dimensi bermata dua bagi sains bersasar".
"Lama kelamaan, perubatan bersasar akan semakim menjadi amalan klinikal arus perdana. Sekalipun demikian, saya tidak rasa mana-mana sistem pembiayaan jagaan kesihatan di dunia ini direka untuk membiayai sepenuhnya perubatan bersasar," kata menteri itu.
"Ini bermakna jika dibiarkan sendiri, kemungkinan besar hanya orang kaya yang mampu membeli ubat bersasar, yang membawa kepada ketidaksamaan serius dalam jagaan kesihatan."
Pemerintah mengambil langkah untuk menerima perubatan bersasar "dengan cara yang mampan" dan bersedia apabila ia menjadi keperluan asas.
Selain menerima cadangan untuk MediShield Hayat melindungi perubatan bersasar, Singapura juga melabur dalam keupayaan tempatan untuk membangunkan rawatan sedemikian, memendekkan masa pengeluaran dan menurunkan kos dalam masa terdekat.
Penilaian teknologi kesihatan juga dipertingkat untuk "menilai dengan teliti" keberkesanan kos rawatan kos tinggi, termasuk perubatan bersasar, katanya.
"Di mana ia terbukti secara klinikal dan menjimatkan kos kami akan memberi subsidi kepada terapi ini," tambahnya.
UNDANG-UNDANG BAHARU
Syarikat-syarikat insurans boleh menggunakan maklumat genetik untuk membuat keputusan mengenai perlindungan insurans, seperti jumlah yang boleh dikenakan kepada seseorang dan perkara yang perlu dikecualikan.
Ini melemahkan tujuan insurans, iaitu untuk melindungi kita daripada "nasib malang yang tidak dijangka, termasuk mengalami isu genetik yang buruk semasa lahir", kata menteri itu.
MOH bekerjasama dengan Persatuan Insurans Hayat untuk melaksanakan moratorium bagi ujian genetik dan insurans, yang tidak membenarkan penggunaan keputusan ujian genetik bagi menentukan premium atau kelayakan bagi insurans.
Namun, pada satu ketika, moratorium ini perlu diperkukuhkan. Kementerian Kesihatan sedang mengusahakan undang-undang baharu untuk mentadbir urus penggunaan data ujian genetik dan genomik, kata Encik Ong.
Ini bertujuan untuk menangani "kemungkinan hasil yang tidak diingini", seperti diskriminasi penggunaan maklumat genetik dalam bidang seperti insurans dan pekerjaan.
“Kami akan mengadakan rundingan secara meluas dan berharap untuk mengemukakan Rang Undang-undang itu di parlimen dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang,” tambahnya.
Encik Ong juga bercakap tentang kemungkinan timbul isu etika berkait kemajuan dalam teknologi jagaan kesihatan.
Beliau berkata walaupun genetik yang rosak kini boleh diperbetul untuk merawat penyakit, teknologi yang sama juga secara teori boleh digunakan untuk mereka bentuk bayi sebelum mereka dilahirkan.
Ia juga mungkin membolehkan syarikat memilih pekerja berdasarkan mutu genetik seseorang.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.