Perubahan warna air di terusan Sentosa Cove mungkin disebabkan ledakan alga: NEA
Air di terusan Sentosa Cove yang bertukar menjadi merah jambu, kemungkinan besar disebabkan ledakan alga yang dicetuskan oleh hujan lebat awal bulan ini.
SINGAPURA: Air di terusan Sentosa Cove yang bertukar menjadi merah jambu, kemungkinan besar disebabkan ledakan alga yang dicetuskan oleh hujan lebat awal bulan ini.
Demikian hasil dapatan kajian ke atas sampel air tersebut oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Perbadanan Pembangunan Sentosa dan Pengurusan Resort Sentosa Cove.
Sampel air yang dikumpul menunjukkan tahap kemasinan air dan oksigen yang rendah.
Ia juga mengandungi tahap nutrien yang tinggi dan kemungkinan besar ia mencetuskan ledakan alga.
Keadaan air juga mungkin membunuh ikan-ikan di kawasan persekitaran.
Bagaimanapun, ujian yang dilakukan ke atas mutu air laut di luar kawasan Sentosa Cove menunjukkan ia dalam had selamat.
Pihak pengurusan resort berkata ia akan memantau keadaan dan meneroka langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.