Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perubahan skim CPF perkasa lebih ramai rakyat SG, kata Dr Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
Perubahan skim CPF perkasa lebih ramai rakyat SG, kata Dr Tan See Leng

(Gambar: Facebook/Tan See Leng)

Diterbitkan : 02 Nov 2024 05:52PM Dikemas Kini : 02 Nov 2024 05:59PM
SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata, perubahan yang akan dilakukan kepada skim Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bertujuan memperkasa lebih ramai rakyat Singapura.

Ini menurut beliau, termasuk Pakej Majulah bagi warga emas lebih muda dan penutupan Akaun Khas CPF.

Dr Tan berkata demikian di satu acara CPF pada Sabtu (2 Nov), yang memberi tumpuan kepada kecukupan persaraan.

"Saya rasa satu-satunya tumpuan bagi MOM untuk CPF, adalah untuk melihat bagaimana kami boleh memastikan semua duit simpanan hasil titik peluh anda selamat, terus memberikan anda pulangan yang baik, dan pada masa yang sama, kami akan terus melakukan yang terbaik untuk memastikan anda semua dijaga dengan baik," katanya.

Dr Tan turut menyeru rakyat Singapura agar membiasakan diri dengan garis panduan asas perancangan kewangan.

Ini termasuk anak muda setempat.

CPF menganjurkan satu pertandingan permainan online di mana para peserta diuji tentang kecelikan kewangan.

Daripada 2,500 peserta, 20 peratus berkata, mereka akan memberi tumpuan kepada perancangan bajet.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan