Skip to main content

Singapura

Perubahan pada pelantikan Setiausaha Tetap mulai 1 April

Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) mengumumkan hari ini (5 Mac) bahawa lapan penjawat awam akan menyandang jawatan-jawatan baru atau melihat perubahan kepada portfolio mereka mulai 1 April. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perubahan pada pelantikan Setiausaha Tetap mulai 1 April

Dari kiri: Encik Lai Chung Han, Cik Yong Ying-I dan Encik Gabriel Lim. (Gambar: SMU, Lee Kuan Yew School of Public Policy, Nielsen)

Diterbitkan : 05 Mar 2019 11:21PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 12:04AM

SINGAPURA: Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) mengumumkan hari ini (5 Mac) bahawa lapan penjawat awam akan menyandang jawatan-jawatan baru atau melihat perubahan kepada portfolio mereka mulai 1 April.

Menurut kenyataan PSD, seorang Setiausaha Tetap yang baru juga akan dilantik.
Cik Lai Wei Lin, Timbalan Setiausaha (Dasar) bagi Kementerian Pendidikan (MOE) akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua dalam kementerian itu.

Cik Lai sudah menyandang jawatannya sekarang sejak 2017. Sepanjang tempoh itu, beliau berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Pembangunan Negara (MND), Kolej Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan (MOH).

Sehubungan itu, tujuh penjawat awam yang lain juga akan melihat perubahan kepada peranan mereka mulai 1 April.

Encik Lai Chung Han akan melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Tetap Kedua MOE dan Setiausaha Tetap Kedua Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). Dengan perubahan terbaru ini, Encik Lai akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap MOE.

Cik Chan Lai Fung pula akan melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Tetap MOE. Beliau akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Penyelidikan dan Pembangunan Negara di Pejabat Perdana Menteri (PMO). Beliau juga akan dilantik sebagai pengerusi A* STAR.

Cik Yong Ying-I yang kini menyandang jawatan Setiausaha Tetap Penyelidikan dan Pembangunan Negara dan Setiausaha Tetap bagi PSD akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Penerangan dan Perhubungan (MCI).

Beliau merupakan pengerusi Penguasa Pembangunan Infokom Singapura dan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA), serta pengerusi Kolej Perkhidmatan Awam dan SG-Innovate.

Cik Yong mengambil alih peranan Encik Gabriel Lim yang akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap, MTI.

Encik Loh Khum Yean akan melepaskan pelantikannya sebagai Setiausaha Tetap MTI dan dilantik sebagai Setiausaha Tetap PSD.

Encik Lee Chuan Teck yang menyandang jawatan Setiausaha Tetap Kedua MTI sejak Jun 2018, akan bertukar jawatan kepada Setiausaha Tetap (Pembangunan).

Encik Chew Hock Yong, Setiausaha Tetap bagi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sejak tahun 2016, akan dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Pembangunan Ehwal Dalam Negeri), MHA. 

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita